Pada 19 April lepas, video muzik lagu raya kumpulan Dolla bersama Hael Husaini bertajuk Suara Lebaran Kita telah dilancarkan di Youtube.
Selepas beberapa hari, video tersebut kini berada di tangga ke-9 trending dan telah mendapat lebih 180,000 tontonan.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan ramai netizen di aplikasi TikTok.
Menggayakan pakaian serba merah dan putih, ramai antara mereka yang berpendapat pakaian kumpulan Dolla tidak mengikut tema raya.
Sebaliknya, rata-rata daripada netizen yang meninggalkan komen mempersoal sama ada itu adalah lagu bertemakan Tahun Baru Cina atau Krismas.
Selain itu, ada juga yang menyuarakan pendapat bahawa budaya menyambut raya semakin hilang.
Beberapa netizen berkata revolusi lagu raya zaman sekarang tidak sama seperti lagu-lagu raya dulu yang boleh didengari semua peringkat umur.
Menjengah aplikasi Youtube, berbeza pula penerimaan penonton di mana rata-ratanya suka dengan konsep muzik video tersebut kerana nampak ‘fresh’ dan kreatif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
tecit
August 12, 2022 at 1:25 pm
hmm pemusnah budaya. nt lame2 melayu hilang ditelan zaman.
Anonymous
April 23, 2022 at 12:20 am
dari baju melayu sleeveless tergedik-gedik dgn blusher tu baik la aku dgr lagu ni ke lagu Shila. haha
No no
April 22, 2022 at 3:06 pm
Dh mcam red velvet feel my rhythm
Smartbird
April 22, 2022 at 2:30 pm
I’m an old school person but tersuka pula dengan lagu dan konsep mv ini. It’s like the new raya song with a new style, something different and the meoldy/ lyrics macam sesuai dengan keadaan semasa. Dan kalau I feel to hear & watch the classical/ traditional type which I live by during this time, tinggal search on the internet saja. Diradio pun biasa selang selikan lagu2 raya lama dan baru tapi this one only on u-tube I guess.