Pada 19 April lepas, video muzik lagu raya kumpulan Dolla bersama Hael Husaini bertajuk Suara Lebaran Kita telah dilancarkan di Youtube.
Selepas beberapa hari, video tersebut kini berada di tangga ke-9 trending dan telah mendapat lebih 180,000 tontonan.
Bagaimanapun, video tersebut mendapat kritikan ramai netizen di aplikasi TikTok.
Menggayakan pakaian serba merah dan putih, ramai antara mereka yang berpendapat pakaian kumpulan Dolla tidak mengikut tema raya.
Sebaliknya, rata-rata daripada netizen yang meninggalkan komen mempersoal sama ada itu adalah lagu bertemakan Tahun Baru Cina atau Krismas.
Selain itu, ada juga yang menyuarakan pendapat bahawa budaya menyambut raya semakin hilang.
Beberapa netizen berkata revolusi lagu raya zaman sekarang tidak sama seperti lagu-lagu raya dulu yang boleh didengari semua peringkat umur.
Menjengah aplikasi Youtube, berbeza pula penerimaan penonton di mana rata-ratanya suka dengan konsep muzik video tersebut kerana nampak ‘fresh’ dan kreatif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.