Satu perkongsian di media sosial semalam telah mengundang pelbagai respon dan reaksi daripada netizen gara-gara seorang wanita meluahkan rasa terkilan kerana dipandang serong oleh pelanggan lain di sebuah restoran kerana anaknya telah berbuat bising.
Kata wanita itu, dia kecewa apabila pengunjung lain di restoran yang seperti tidak memahami sikap si kecil yang biasanya membuat bising atau menangis secara tiba-tiba.
Yang ada anak kecik la bungkus makan kat rumah. Kenapa pula orang yang takde anak kena paham perangai anak korang. Lol pic.twitter.com/PDwzoIx2aa
— Bbie (BB) (@twtbiy) February 20, 2023
Kalau anda pergi makan di kedai, ada anak kecil menangis, tolonglah tak perlu pandang serong. Kalau tak suka dengan suasana bising macam tu, boleh tak makan dekat rumah saja?
Macam saya ni ada anak kecil, biasalah budak kalau dah siap makan dan tak ada benda lain nak main, mereka akan bising. Anak saya menangis, sekali dia (pelanggan lain) pandang belakang.
Malah, wanita itu meminta mereka yang tidak tahan dengan situasi bising di kedai makan agar bungkus saja makanan dan makan di rumah.
@cikguayu_imtecer alhamdulillah.. ??#cikguayu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasakan wanita ini yang tidak memahami situasi dan meminta agar dia mempertimbangkan semula cadangannya itu.
Akak yang patut bungkus bawa balik. Orang keluar makan kat luar bukan nak dengar anak kau melalak macam mati mak.
Ramai yang beranggapan bahawa wanita itu yang sepatutnya menenangkan anaknya sendiri dan bukannya meminta pelanggan lain balik dan bungkus makan di rumah.