Sedia maklum, pada tanggal 23 Jun ini pasangan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bakal mendirikan rumah tangga bersama.
Pelawak serta penyampai radio terbabit memaklumkan bahawa majlis pernikahan mereka bakal dilakukan secara bersederhana saja biarpun ditaja sebanyak RM1.7 juta.
Difahamkan, semalam pasangan tersebut telah mengadakan majlis berinai dengan sangat meriah.
Video-video sepanjang majlis berinai berlangsung telah tular di platform TikTok dan rata-rata netizen mempersoalkan maksud mengadakan majlis ‘berserdahana’ yang diperkatakan oleh Shuib sebelum ini.
Bukan saja majlis berinai yang disambut seperti ala-ala Arab tersebut menjadi perhatian, malah netizen turut pertikaikan masih ada beberapa minggu lagi majlis nikah Shuib dan Watie.
Dapat dilihat dari video-video yang sedang viral di platform media sosial itu, majlis berinai usahawan tersebut bertemakan Arab dan ada juga beberapa penari memeriahkan lagi majlis tersebut.