“Ni Dewi? Semua OUT!” – Peserta Dewi Remaja 2022 Teruk Kena ‘Face-Shaming’

Hiburan

“Ni Dewi? Semua OUT!” – Peserta Dewi Remaja 2022 Teruk Kena ‘Face-Shaming’

Sedia maklum, program Dewi Remaja sudah sekian lama di mainkan di televisyen dan program itu boleh di kata sebagai program yang ditunggu-tunggu oleh penonton untuk menontonnya.

Barisan peserta untuk Dewi Remaja 2022 telah pun didedahkan dan di dapati 16 gadis jelita berjaya untuk menyertai program popular berkenaan dan merealisasikan impian mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, apabila melihat di ruangan komen hantaran Facebook Media Hiburan yang memaparkan wajah-wajah 16 gadis terbabit, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza dan hampir kesemuanya mengkritik.

Kebanyakkan warganet merasakan peserta untuk tahun ini sama sekali tidak sampai pada tahap yang boleh membuatkan mereka digelar sebagai Dewi.

Malah, netizen rasa gadis Dewi Remaja 2022 kesemuanya hanya kelihatan ‘elok’ hanya disebabkan make-up yang ada di muka masing-masing dan dalam pada itu, ada juga pertikai make-up mereka kelihatan seperti artis zaman dulu yang membuatkan muka mereka nampak tua.

Kalau nak dibandingkan dengan Neelofa, Izara dan Anzalna, jauhlah sangat!

Dewi Remaja 2022 kena face shaming

Sekadar info, Dewi Remaja 2022 ditayangkan di Astro Ria saluran 104 pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam. Ia dihoskan oleh pelakon lelaki, Fikry Ibrahim dan selaku juri tetap pula, finalis Dewi Remaja 1994/1995 iaitu Rozita Che Wan.

2 years ago

(VIDEO) "Dah Getback Ke?" - DSV & Iqbal Dilihat Mesra Saling Berbalas-Balas Nyanyian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...