“Ni Dalam Gereja Ke? Bawa Mengucap Aina” – Individu Dakwa ‘Posing’ Aina Abdul Dalam Poster Konsert Bentuk Tanda Salib

Hiburan

“Ni Dalam Gereja Ke? Bawa Mengucap Aina” – Individu Dakwa ‘Posing’ Aina Abdul Dalam Poster Konsert Bentuk Tanda Salib

Untuk info ramai, pada Sabtu lalu, konsert penyanyi hebat, Aina Abdul iaitu A Night With Aina Abdul 3.0 telah pun diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Biarpun mendapat sambutan hangat, ‘posing’ yang dilakukan oleh Aina di dalam poster konsert berkenaan telah mendapat kecaman ramai.

Advertisement

Ia susulan, seorang individu di TikTok mendakwa ‘posing’ penyanyi tersebut seolah-olah lambang tanda salib.

Dalam pada itu, individu berkenaan sempat menasihati penyanyi berkenaan untuk lebih peka terhadap tindakan yang diambil, lebih-lebih lagi tentang sensitiviti agama.

Ada je kau nak buat luar biasa ya. Ini dalam gereja ke? Bawa mengucap Aina, minta pandangan orang tua lain kali.

Bahkan, lelaki tersebut meluahkan kerisauannya memandangkan Aina merupakan selebriti yang diminati anak-anak muda selain memberi cadangan agar mencontohi keperibadian penyanyi lagenda, Datuk Siti Nurhaliza.

aina
6 months ago

"Cabaran Kali Ni Amat Berbeza" - Pakaian Dan Mikrofon Aina Abdul Menelan Belanja RM520K, Peminat Berpuas Hati Tiket Berbaloi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...