Ketibaan vaksin yang dianggap sebagai penawar wabak COVID-19 sudah pasti dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengakhiri krisis yang melanda seluruh pelusuk dunia ini.
Namun, isu pemberian vaksin kini menjadi perbualan hangat oleh seluruh pelusuk masyarakat di mana ada juga sesetengah daripada kita enggan menerima suntikan vaksin tersebut.
Ramai yang meluahkan pendapat dan kritikan dan begitu juga buat pengarah dan penerbit drama terkenal, Michael Ang yang menzahirkan perasaan berang apabila ada segelintir netizen yang menolak pemberiaan vaksin tersebut meskipun telah diberikan secara percuma oleh kerajaan.
View this post on Instagram
Michael Ang dilihat telah berkongsikan mengenai perihal tersebut menerusi akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.
Kata pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa ini, dia berasa kesal kerana masih ada orang yang bersikap penting diri dalam keadaan yang meruncing ini.
View this post on Instagram
“Salam semua! Cuba fahamkan aku. Tak boleh hadam orang yang tak nak ambil vaksin ni. Macam-macam la orang Malaysia ni. Suruh pakai pelitup muka dan haramkan diri pun susah. Ni dah nak bagi ubat penawar bising pulak. Lagi cepat semua dapat vaksin kan lagi cepat kita semua boleh jalani hidup macam biasa balik..”
Meninjau ruangan komen, peminat Michael Ang turut meluahkan pendapat yang sama mengenai isu tersebut. Rata-rata pengikut berkata bahawa sesetengah rakyat Malaysia enggan mengambil vaksin ini menyusahkan orang lain dan juga mementingkan diri sendiri.
Terdahulu, bekalan vaksin pertama berjenama Pfizer-BioNTech telah selamat tiba di Malaysia menerusi pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan bekalan membabitkan hampir 312,390 dos yang kini diedarkan ke seluruh negara.