“Ni Dah Melampau!” – Individu Sebar Cerita Bayar Inai Guna Wang Tunai, PU Riz Bakal Saman Fitnah

Hiburan

“Ni Dah Melampau!” – Individu Sebar Cerita Bayar Inai Guna Wang Tunai, PU Riz Bakal Saman Fitnah

Penceramah bebas dan usahawan, Haris Ismail baru-baru ini, memaklumkan di Instagram Story akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu kerana telah mencalarkan nama baik perniagaannya.

Menurut Haris atau dikenali sebagai PU Riz, dirinya tidak mampu lagi untuk berdiam diri selepas fitnah yang dilakukan sudah tersebar luas di platform media sosial dan berkata, tindakan saman serta malu akan dilakukan.

Advertisement

PU Riz screenshot ig story

Di dalam hantaran story yang dilakukan, PU Riz turut menyertakan bukti pembayaran yang dibuat oleh reseller 90 peratus semuanya secara online.

Tambahannya lagi, sepanjang hidup, beliau sememangnya amat mementingkan adab tetapi kali ini suami kepada selebriti popular, Neelofa itu tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi kerana lihat pelbagai persepsi tidak benar disebarkan.

PU Riz screenshot ig story

Sebelum ini, muncul satu spekulasi mengenai seorang stokis mendakwa telah dipaksa oleh founder inai terkenal untuk membawa wang tunai bernilai lebih RM70,000 semata untuk mengambil stok di kilang.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.

twitter
4 bulan lalu

“LHDN Tolong Siasat” - Founder Inai Popular Didakwa Cuba Lari Dari Cukai, Stokis Dipaksa Bayar Stok RM70k ‘Cash’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...