Penceramah bebas dan usahawan, Haris Ismail baru-baru ini, memaklumkan di Instagram Story akan mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu kerana telah mencalarkan nama baik perniagaannya.
Menurut Haris atau dikenali sebagai PU Riz, dirinya tidak mampu lagi untuk berdiam diri selepas fitnah yang dilakukan sudah tersebar luas di platform media sosial dan berkata, tindakan saman serta malu akan dilakukan.
Di dalam hantaran story yang dilakukan, PU Riz turut menyertakan bukti pembayaran yang dibuat oleh reseller 90 peratus semuanya secara online.
Tambahannya lagi, sepanjang hidup, beliau sememangnya amat mementingkan adab tetapi kali ini suami kepada selebriti popular, Neelofa itu tidak mampu untuk mendiamkan diri lagi kerana lihat pelbagai persepsi tidak benar disebarkan.
Sebelum ini, muncul satu spekulasi mengenai seorang stokis mendakwa telah dipaksa oleh founder inai terkenal untuk membawa wang tunai bernilai lebih RM70,000 semata untuk mengambil stok di kilang.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.