“Ni Daddy Bukan Abah” – Salah Guna Gelaran Khairy Jamaluddin, Aliff Syukri Buat Netizen Terhibur

Trending

“Ni Daddy Bukan Abah” – Salah Guna Gelaran Khairy Jamaluddin, Aliff Syukri Buat Netizen Terhibur

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram ketika menghadiri kempen pilihan raya calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.

Menerusi entri berkenaan, dapat dilihat Aliff menunjukkan tanda sokongan terhadap Khairy Jamaluddin untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)  yang akan tiba pada 19 November depan.

Advertisement

Akan tetapi, apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Aliff Syukri yang membuatkan ramai warganet berasa terhibur kerana menggelar Khairy Jamaluddin dengan gelaran ‘Abah’ yang lebih sinonim terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Abah lain ni Datuk…Ni abang lah,” kata warganet.

“Ni daddy bukan abah,” ujar seorang netizen.

“Berapa banyak abah kita ada,” seloroh seorang lagi warganet.

Sekadar info, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan penamaan calon serta pengundian awal pada 5 dan 15 November 2022.

1 year ago

"Berhenti Jelah Nyanyi Weh" - Cuba Promosi Lagu Baru Dengan Caprice, Netizen Naik Muak Dengan Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...