Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram ketika menghadiri kempen pilihan raya calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin.
Menerusi entri berkenaan, dapat dilihat Aliff menunjukkan tanda sokongan terhadap Khairy Jamaluddin untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan tiba pada 19 November depan.
Akan tetapi, apa yang menarik perhatian adalah kapsyen Aliff Syukri yang membuatkan ramai warganet berasa terhibur kerana menggelar Khairy Jamaluddin dengan gelaran ‘Abah’ yang lebih sinonim terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Abah lain ni Datuk…Ni abang lah,” kata warganet.
“Ni daddy bukan abah,” ujar seorang netizen.
“Berapa banyak abah kita ada,” seloroh seorang lagi warganet.
Sekadar info, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU15 dan penamaan calon serta pengundian awal pada 5 dan 15 November 2022.