“Ni Bukan Teman Sekerja Dah Ni..” – Amira Othman Masuk Hospital, Fattah Amin Doa Cepat Sembuh

Hiburan

“Ni Bukan Teman Sekerja Dah Ni..” – Amira Othman Masuk Hospital, Fattah Amin Doa Cepat Sembuh

Terus mencetuskan persoalan, pelakon Fattah Amin menarik perhatian ramai apabila dilihat melawat penyanyi Amira Othman yang kini dirawat di hospital akibat keracunan makanan.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila Fattah Amin, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menyebut Amira sebagai ‘rakan sekerja’ dalam kapsyen yang dimuat naik di Instagram.

Advertisement

Semoga cepat sembuh rakan sekerja, Amira Othman.

Bukan itu sahaja, Fattah turut memuat naik gambar Amira bersama sejambak bunga dipercayai daripadanya, dengan lagu latar “Sampai Akhir” nyanyian Judika digunakan dalam hantaran tersebut.

Perkongsian itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-dua selebriti ini sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Hantaran tersebut turut dibanjiri ribuan komen , ada yang mendoakan kesihatan Amira dan tidak kurang juga yang bergurau secara nakal.

Kalau macam ini manisnya, kami yang tengok dan baca pun boleh masuk hospital sebab paras gula terlalu tinggi dalam badan.

Mesti Amira terus sihat bila lihat Fattah muat naik hantaran ini.

Sebelum ini, Fattah menafikan dakwaan kononnya dia akan berkahwin dengan Amira pada 25 Mei lalu. Jelasnya, tarikh yang tular itu tidak benar dan beliau juga belum merancang untuk menamatkan zaman dudanya.

Untuk rekod, hubungan rapat antara Fattah dan Amira mula menjadi perbualan sejak penghujung tahun lalu. Sering ditanya tentang status hubungan mereka, Fattah dan Amira tetap konsisten menyatakan bahawa mereka hanyalah rakan sekerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

21 hours ago

"Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar 'Pampers' Anak Dia" - Disindir Mudah Lekat Jodoh, Netizen Tampil 'Backup' Noor Nabila

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...