“Ni Bukan Hijab, Ni Trend Fesyen” – Vivy Yusof Kena Tegur, Buat Tutorial ‘Shawl’ Tapi Leher Tak Tutup Langsung

Hiburan

“Ni Bukan Hijab, Ni Trend Fesyen” – Vivy Yusof Kena Tegur, Buat Tutorial ‘Shawl’ Tapi Leher Tak Tutup Langsung

Usahawan terkenal, Vivy Yusof sering mempromosikan tudung jenamanya itu dengan cara yang tersendiri antaranya adalah dengan berkongsi tutorial gaya bawal atau ‘shawl’ di Instagram.

Seperti baru-baru ini, ibu kepada empat anak itu telah memuat naik video di mana dia berkongsi gaya lilitan selendang yang ‘simple’ untuk dicuba oleh wanita lain.

Advertisement

Menerusi video terbabit, Vivy dilihat menarik ke belakang ‘shawl’ berwarna kelabu itu dan menggunakan pin untuk ‘secure’ ‘selendang tersebut.

Ramai dilihat memuji kecantikan pemilik Fashion Valet ini selain ada yang bertanya tips bagaimana untuk memastikan selendang tidak bergerak dan menjadi senget.

Namun, segelintir dilihat mengkritiknya kerana tutorial ‘simple’ dikongsi Vivy tidak sempurna dan menampakkan bahagian leher.

Mereka berkata gaya tudung itu tidak mengikut syariah dan tidak patut digelar ‘bertudung’ sebaliknya ia merupakan trend fesyen dan digayakan ramai orang termasuklah ‘non-muslim’ di seluruh dunia.

Sesetengah netizen berasa teruja untuk mencuba gaya tudung tersebut dan ada yang turut memuji wajahnya yang awet muda, tidak seperti seorang ibu yang mempunyai ramai anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

siti kassim pu riz
6 bulan lalu

“Jaga Tepi Kain Sendiri!” - Peguam Siti Kassim Tempelak PU Riz Gara-Gara Minta Netizen Jaga Aurat Adibah Noor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...