NGO Aman Palestin Disiasat Atas Tuduhan ‘Cuci Duit’, Seleweng Dana Awam RM70 Juta

Berita

NGO Aman Palestin Disiasat Atas Tuduhan ‘Cuci Duit’, Seleweng Dana Awam RM70 Juta

Agensi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah membeku 41 akaun dan juga beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) aman Palestin berjumlah RM15,868,762 setelah menerima laporan salahguna dana awam.

SPRM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin Berhad yang telah dijalankan sejak 17 Oktober lalu.

Advertisement

Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574).

SPRM juga dilaporkan telah memanggil dan merakam keterangan beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal mendapati beberapa penyelengan dana dianggarkan berjumlah RM70 Juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat NGO berkenaan.

Terdahulu, Mufti negeri Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin ada meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan tabung Aman Palestin dilakukan di premis agama Islam di negeri itu.

Datuk Mohd Asri juga pernah menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel penuh di pautan di bawah.

Yuseri Yusof
1 year ago

"Kalau Tak Salah Kenapa Lari Bro" - Peguam Dan Aktivis Dakwa Bapa Baby Syifa 'Songlap' Duit Bantuan Rakyat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : SPRM

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...