NG999: Ramai Adu Ambulans Terlalu Lambat Sehingga Ada Yang Meninggal, Stafi KKM Beri Respon – “Maafkan Kami Rakyat Malaysia, Kami Juga Tersepit”

Kehidupan

NG999: Ramai Adu Ambulans Terlalu Lambat Sehingga Ada Yang Meninggal, Stafi  KKM Beri Respon – “Maafkan Kami Rakyat Malaysia, Kami Juga Tersepit”

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang petugas ambulans tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia selepas mendakwa mereka turut “tersepit” dengan pelaksanaan sistem panggilan kecemasan baharu, Next Generation Malaysian Emergency Response Services 999 (NG MERS 999) atau NG999.

Perkongsian dibuat oleh seorang penolong pegawai perubatan melalui akaun TikTok @Dressamodern.u5, yang meluahkan kekecewaan dengan masalah yang timbul sejak sistem baharu itu diguna pakai.

Advertisement

Menurutnya, kelewatan ambulans semakin kerap berlaku sehingga ada pesakit menunggu lebih tiga jam sebelum bantuan tiba.

Sejak berubah ke sistem NG999, semua serba tak kena. Bila sampai rumah pesakit rupanya dah tiga jam lebih menunggu ambulans. Rasa bersalah dan sedih lihat keadaan pesakit.

Di ruangan komen, seorang pengguna TikTok, @Are-Ngah–93, mendakwa dirinya menyaksikan insiden tragis apabila seorang wanita warga emas meninggal dunia di rumah selepas panggilan ke 999 berpuluh kali tidak dijawab.

Seorang lagi pengguna, Miki, yang dipercayai bekerja dalam sektor kesihatan, turut berkongsi masalah yang dihadapi kakitangan KKM sendiri.

mers99

Menurutnya, mereka berdepan kesukaran mengakses sistem NG999, terutama di Sabah dan Sarawak yang mempunyai liputan rangkaian lemah. Bahkan, berlaku kesilapan lokasi pada panggilan kecemasan.

Katanya, sepatutnya pihak berkaitan menyediakan pendedahan awal dan latihan lengkap sebelum sistem itu dilaksanakan sepenuhnya.

Namun pelaksanaannya kini menerima perhatian selepas dakwaan kelewatan respons ambulans dan masalah teknikal yang menjejaskan tugas petugas barisan hadapan.

Penolong pegawai perubatan itu mengakhiri luahannya dengan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.

Maafkan kami rakyat Malaysia. Jika kami lewat respons bila kalian perlukan ambulans. Kami pun tersepit dengan sistem baharu yang diperkenalkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengusaha kantin
2025-11-19 14:09:18

'Viral' Video Tegur Pelajar Biadab, Pengusaha Kantin Terpaksa Tutup Kedai Setelah Terima Aduan Ibu Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...