Newegg Rasmi Buat Penghantaran Ke Malaysia

Teknologi

Newegg Rasmi Buat Penghantaran Ke Malaysia

Syarikat Newegg memasuki pasaran selama hampir dua dekad dan namanya begitu terkenal dalam kalangan peminat teknologi, sekarang Newegg telah memperluaskan pasaran mereka hingga ke Malaysia pada awal minggu ini.

Kemasukan ke Malaysia adalah sebahagian daripada pengembangan pasarannya kepada 29 buah negara.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda semua, Newegg tidak menubuhkan pejabat rasmi mereka di Malaysia.

Ia adalah satu usaha lain untuk memulihkan usahasama yang tidak jelas dari beberapa tahun yang lalu iaitu paa akhir tahun 2013 yang menghentikan operasi mereka.

Sekarang, Newegg akan terus berurusan terus dari Amerika Syarikat. Tetapi anda tidak perlu risau, kerana harga yang dikenakan di Malaysia adalah mengikut mata wang Ringgit dan sudah termasuk cukai SST.

Pada masa yang sama, harga dipaparkan pada laman web Newegg warga Malaysia berbeza daripada laman web Amerika Syarikat.

Apa yang anda semua perlu tahu bahawa terdapat kos tambahan seperti penghantaran dan cukai kastam.

Jadi sebelum anda beli, pastikan kaji dahulu sebelum melakukan pembelian melalui Newegg.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...