New Zealand Isytihar Kemenangan Ke Atas COVID-19

COVID-19

New Zealand Isytihar Kemenangan Ke Atas COVID-19

Beberapa negara dunia kini mula melonggarkan sekatan pergerakan secara berperingkat ketika jumlah kes jangkitan COVID-19 di dunia kini melepasi angka tiga juta.

4 years ago

Sektor Industri Di Beberapa Negara Eropah Kembali Dibuka Secara Berperingkat

Advertisement

New Zealand, negara yang terdiri daripada 5 juta orang penduduk hanya melaporkan satu kes COVID-19 dalam tempoh 24 jam terakhir.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern semalam memberitahu bahawa negara itu telah mencatat kemenangan yang signifikan terhadap penyebaran COVID-19.

sumber : today.com

“Tidak ada lagi penyebaran kontak yang meluas di New Zealand dan semuanya dalam pengesanan. Kami telah memenangi pertempuran ini.”

-Jacinda Ardern

Setelah hampir lima minggu berada di tahap lockdown keempat (maksimum), New Zealand kini telah menurunkan perintah lockdown ke tahap tiga.

Dianggarkan kira-kira 400,000 orang akan kembali bekerja setelah negara itu menurunkan tahap amaran bermula tengah malam Isnin. Sebelum ini hanya perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi.

sumber : Anadolu Agency

Namun Ardern memberitahu tidak ada sebarang kepastian lagi bilakah keseluruhan penyebaran virus ini dapat dihentikan yang membolehkan kehidupan kembali normal seperti sediakala.

Semua orang pastinya ternanti-nanti dan merindui saat kita boleh bersosial seperti biasa dan boleh menjalankan aktiviti harian tanpa sebarang keraguan. Semuanya memerlukan proses yang berperingkat dan perlu dilakukan secara berhati-hati.

Ardern turut menambah bahawa dia tidak akan mempertaruhkan apa yang telah berjaya dicapai oleh rakyat New Zealand ketika ini. Menurutnya sekiranya mereka perlu kekal lockdown di tahap ketiga, mungkin ia perlu dilakukan.

Setakat ini New Zealand melaporkan 1,122 kes positif dengan 19 kematian.

sumber: Ministry of Health NZ

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...