New Zealand Haramkan Rifel Menyerang Dan Senjata Semi-Automatik, Akan Beli Semula Senjata Dari Orang Ramai

Trending

New Zealand Haramkan Rifel Menyerang Dan Senjata Semi-Automatik, Akan Beli Semula Senjata Dari Orang Ramai

New Zealand (NZ) mengharamkan jualan kesemua rifel menyerang dan senjata semi automatik gaya ketenteraan mulai hari ini.

Perdana Menteri NZ, Jacinda Ardern mengumumkan sebegitu, juga mengumumkan mengenai skim belian semula rifel menyerang dan senjata semi-automatik.


Untuk tujuan ini, sehingga 200 juta dolar akan dibelanjakan untuk membeli semula senjata stail ketenteraan itu  dari orang awam.

Advertisement

Jacinda menambah mereka yang telah membeli senjata tersebut secara haram akan diampunkan:

Kami hanya mahukan kesemua senjata itu semula.”

Ditanya mengenai jumlah sebenar rifel menyerang senjata semi-automatik yang ada di NZ, Ardern memberitahu mereka tidak dapat memberikan angka yang pasti.

Jumlah 200 juta dolar yang bakal dibelanjakan hanya jangkaan, dan menambah bahawa ia harga yang perlu dibayar untuk menjamin keselamatan penduduk New Zealand. – amazingnara.com via The Guardian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...