New York Magazine: FBI Sahkan Juruterbang MH370 Mungkin Sengaja Menghempaskan Pesawat

Trending

New York Magazine: FBI Sahkan Juruterbang MH370 Mungkin Sengaja Menghempaskan Pesawat

Juruterbang yang mengendalikan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang telah hilang, dipercayai keluar dari lauan yang ditetapkan dan terhempas di Lautan Hindi, telah membuat simulasi penerbangan yang sama beberapa minggu sebelumnya, lapor majalah New York.

Zaharie Ahmad Shah, seorang juruterbang yang dihormati ramai telah menggunakan simulator penerbangan di rumahnya untuk terbang merentasi Selat Melaka ke kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, dipercaya sama dengan laluan yang diambil oleh MH370 pada malam ia hilang.

Advertisement

Penemuan itu menyebabkan juruterbang berusia 53 tahun itu kembali diragui oleh orang ramai, diterbitkan Jumaat lalu oleh majalah New York, yang mendapat dokumen sulit dari penyiasatan pihak polis Malaysia terhadap Zaharie.

Menurut dokumen itu, FBI mendapat data yang telah dipadam dari cakera keras simulator penerbangan milik Zaharie. Dalam dokumen itu seperti yang didedahkan dalam majalah New York:

Kami menemui laluan penerbangan menuju ke Lautan Hindi di antara beberapa laluan yang dicartakan dalam simulator juruterbang, yang mungkin perlu diberi perhatian.

Sumber: New York Magazine -amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...