Bila tutup mata dan cuba usap kulit wajah sendiri, rasa macam sedang belai batu tak pun kertas pasir. Sebabnya setiap belaian rasa kesat dan kering, macam bersisik! Mulalah anda tak bersemangat nak tengok cermin, malah risau nak berhadapan dengan orang lain.
Nak cuba cover dengan alat solekan tebal pun tak berhasil, sebabnya kulit yang kering membantutkan proses solekan yang smooth. Boleh nampak la permukaan wajah yang tidak rata dan timbul-timbul dek tompok putih yang mengering. Rosak mood!
Walaupun sebenarnya anda cuba menunding jari kepada sebab semula jadi seperti cuaca keringlah, memang lahiriah kulit anda seperti inilah. Sebenarnya tabiat buruk anda pun merupakan penyumbang utama kepada masalah kulit wajah kering ini.
Air mineral dipandang sepi
Tak tahu kalau anda tahu ataupun anda saja buat-buat tak tahu tetapi air memainkan peranan yang tersangat penting dalam memastikan kelembapan kulit wajah. Tapi anda lebih senang minum air manis atau pun berkarbonat daripada air mineral biasa. Kesalahan besar tahu, sebab kulit anda akan dehidrasi dan menyebabkan ia kering kontang bak padang pasir.
Tak mandi kalau suhu air bawah 30°
Memang seronok betul apabila mandi di bawah tadahan air panas semasa angin sejuk bertiup dingin pada awal pagi, rasa segar-bugar! Tapi yang menjadi masalahnya ialah, air yang melebihi 30° ini dalam diam akan mengeringkan kulit wajah anda dek suhunya yang agak tinggi.
Berjemur dibawah matahari bak ampaian
Bila orang suruh guna payung bila duduk di bawah pancaran matahri, pasti anda cuba tunjuk lagak hero dengan mengatakan anda baik-baik sahaja. Kesannya memang tak nampak secara terus tetapi tabiat yang satu ini adalah punca utama membuatkan kulit anda menjadi kering. Habis hidrasi pada wajah disingkir keluar kerana suhu yang membakar itu.
Solekan penuh kandungan kimia kasar
Bila nak pakai apa-apa solekan, tak boleh main serbu guna sahaja tahu. Banyak yang kita kena kaji dahulu sebelum boleh percaya nak letakkan pada wajah kita yang berharga ini. Sebabnya, ada antara kandungan diguna pakai dalam sesetengah alat solekan yang membawa keburukan kepada kulit anda. Silap-silap boleh buat ianya kering bertompok!
Gosok jangan tak gosok muka!
Apabila memikirkan banyak anasir jahat yang bertapak di wajah, semakin kuat sentalan pencuci muka pada kulit anda. Mungkin anda rasakan tindakan tersebut akan membuatkan semua kotoran terhakis habis. Yang anda tak tahu, dalam masa yang sama, anda turut menyental lapisan pelindung pada wajah sekaligus menyebabkan kulit menjadi kering.
Tabiat buruk yang nampak remeh inilah sebenarnya punca kepada kulit wajah bertompok putih dan kering. Tapi anda dah tak perlu risau lagi kerana ada satu rahsia yang akan membantu anda menyelesaikan masalah ini dengan mudah sahaja. Nak tahu apa?
Neutrogena® Hydro Boost Water Gel jawapan kepada masalah kulit kering
Disebabkan oleh rungutan ramai mengenai isu kulit kering sehingga menyebabkan wajah nampak kusam, Neutrogena® sediakan solusi buat anda semua dengan produk Neutrogena® Hydro Boost Water Gel. Dijamin anda akan terpersona apabila mengetahui kelebihan yang boleh diperolehi dengan menggunakannya!
Neutrogena® Hydro Boost Water Gel ini sangat istimewa sebenarnya kerana ia dilengkapi kandungan baik sekaligus mampu membantu anda memiliki kulit yang lembap sehingga 72 jam lamanya. Jadinya anda tak perlu risau kulit akan mengering dalam masa yang singkat. Wow!
Tak perlu rasa was-was untuk menggunakan Neutrogena® Hydro Boost Water Gel sebabnya ia sudah pun diuji oleh pakar dermatologi bagi memastikan keberkesanannya. Bertambah lega apabila dengar yang Neutrogena® Hydro Boost Water Gel ini bebas minyak, jadi ianya tidak akan menyebabkan liang pori anda tersumbat dan menyebabkan masalah lain pula.
Banyak kan kelebihan Neutrogena® Hydro Boost Water Gel ini, punyalah best sampaikan anda turut boleh aplikasikannya sebagai lapisan di bawah solekan. Seronok betul!
Selepas dah hadam kesemua kelebihan Neutrogena® Hydro Boost Water Gel, mesti anda dah teruja nak milikinya secepat mungkin kan? Walaupun susah nak keluar rumah sekarang sebab kebanyakan negeri terpaksa melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), anda masih boleh dapatkan Neutrogena® Hydro Boost Water Gel secara atas talian sahaja. Lebih mudah!
Banyak kan pilihan platform untuk anda dapatkan Neutrogena® Hydro Boost Water Gel ini, tak perlu dah nak keluar jauh semata untuk dapatkannya. Sambil patuh arahan kerajaan, sambil menjaga diri anda. Ya tak?
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai produk Neutrogena® Hydro Boost Water Gel ini, anda boleh melawat ke laman media sosial Neutrogena® seperti Instagram dan Facebook.
Masalah kulit kering selesai dengan bantuan Neutrogena® Hydro Boost Water Gel!