Netizen Ungkit Kisah Silam, Zynakal Kembali Ambil Ubat Stabil Emosi

Hiburan

Netizen Ungkit Kisah Silam, Zynakal Kembali Ambil Ubat Stabil Emosi

Penyanyi muda Zynakal baru-baru ini menjadi mangsa buli di media sosial apabila ada sesetengah individu di media sosial cuba mengaitkan dirinya dengan isu kesihatan mental yang dialami penyanyi itu selama ini.

ZynakalSumber : Instagram Zynakal  

Zynakal atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli,22, meluahkan rasa terkilan itu menerusi hantaran terbaru di ruangan Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Advertisement

Dalam entri tersebut, dia telah memuat naik tangkap layar yang memaparkan komen-komen tidak menyenangkan daripada seorang individu.

View this post on Instagram

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

“Bila dia ni nak masuk hospital sakit mental, teruk sangat dia ni”, ujar individu tersebut.

Advertisement

Susulan daripada itu, Zynakal tampil menjelaskan bahawa dia hanya manusia biasa dan berterima kasih atas setiap perkataan yang diberikan. Dia turut mendoakan agar hati semua orang di luar sana terbuka dan sentiasa berlapang dada.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan-rakan artis dan peminat tampil memberi kata-kata semangat dan juga nasihat kepada Zynakal.

Manakala status kesihatan terkini penyanyi ini berkata dia masih berehat dan memerlukan pengambilan ubat bagi mengurangkan derita yang dihadapinya itu.

View this post on Instagram

A post shared by ZYN AKAL (@zynakal)

Terdahulu, sekitar September 2019, industri muzik digemparkan dengan kontroversi penyanyi ini telah mencekik seorang pekerja stesen minyak dan menghalang tugas anggota polis. Susulan daripada perbuatan itu, dia telah didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ampang Kuala Lumpur.

Dia kemudiannya telah dihantar ke wad psikiatri Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan susulan dan disahkan menghidap penyakit bipolar mania iaitu salah satu penyakit gangguan mental.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    February 3, 2021 at 1:47 pm

    Ubah la nama tu…itu yang nakal tak sudah2…
    Dah elok2 mak ayah bagi nama Raziq (sedap apa nama ni) tukar nama lain

Loading...