Netizen Turut Sama Menangis Melihat Keluarga Ini Membuat Kejutan Kepada Ayah Mereka Sempena Hari Jadinya

Trending

Netizen Turut Sama Menangis Melihat Keluarga Ini Membuat Kejutan Kepada Ayah Mereka Sempena Hari Jadinya

Seorang pengguna Twitter @_MadreNana berkongsikan video mengenai kejutan yang dilakukan kepada ayahnya yang menyentuh hati ramai pihak. Mereka menghadiahkan sepasang kasut jenama Onitsuka Tiger yang sudah lama diminati beliau sejak dua tahun lalu.

Pada awal video, dapat dilihat ayahnya sedang khusyuk melihat kasut yang ada di dalam kedai. Sehinggalah tiba-tiba anaknya menyerahkan beg berisi kotak kasut tersebut.

Advertisement

screenshot twitter
Mungkin kerana dia langsung tidak menyangka akan menerima hadiah itu, ayahnya menangis terharu dan kemudian dipeluk oleh anaknya. Bukan sahaja ayahnya yang menangis malah anak-anak dan isterinya juga sama menangis.

lelaki menangis
Perkongsiannya ini telah mendapat 32 ribu retweet setakat ini dan rata-rata netizen turut memberikan komen positif mereka selain berasa terharu melihat reaksi ayahnya itu.

screenshot twitter
screenshot twitter
screenshot twitter
Anda boleh menonton video penuh di bawah ini. Jangan lupa sediakan tisu..

lelaki tua memegang sebuah kotak kasut
Mungkin dah lama si ayah menyimpan hasrat nak beli kasut tersebut tetapi terpaksa tangguhkan dahulu niat itu. Biasalah kalau ibu bapa memang macam tu, selalu tangguhkan kemahuan sendiri sebab nak utamakan keluarga. Beruntung dapat anak-anak murah hati macam ni.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...