Netizen Tuntut Thanuja Pergi Masjid Negara Buat Permohonaan Maaf – “Fahmi Fadzil Sila Ambil Tindakan Sepertimana Diberi Kepada DJ Era FM”

Hiburan

Netizen Tuntut Thanuja Pergi Masjid Negara Buat Permohonaan Maaf – “Fahmi Fadzil Sila Ambil Tindakan Sepertimana Diberi Kepada DJ Era FM”

Baru-baru ini, hantaran Thanuja di Instagram telah meraih perhatian dan menjadi topik hangat di media sosial selepas model itu mempersoal tentang korban lembu sempena Aidiladha.

Kata Thanuja, dia berasa emosinya terganggu melihat haiwan disembelih dan kenyataan itu telah mengundang pelbagai kritikan dan mencetuskan komen negatif.

Advertisement

thanuja off ruangan komen
2 days ago

Teruk Dikecam Selepas Tak Sanggup Tengok Video Lembu Dikorban, Thanuja 'Off' Ruangan Komen?

Sementara itu, di media sosial kini beberapa individu dilihat mendesak agar pihak menteri mengambil tindakan tegas kepada Thanuja.

Mereka juga menuntut agar model tersebut membuat permohonaan maaf kerana telah mempermainkan sentimen agama ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Malah, mereka turut mengungkit tentang isu DJ radio iaitu, Nabil, Pak Azad dan Radin yang teruk dikecam serta dituntut untuk memohon maaf kepada komuniti India di Malaysia selain turut digantung kerja.

Thanuja, sila pergi ke Masjid Negara untuk permohonan maaf, dah menyebabkan kemarahan umat Islam.

Fahmi Fadzil, sila ambil tindakan sepertimana yang diberi kepada DJ Era FM.

netizen tuntut Thanuja minta maaf

netizen tuntut Thanuja minta maaf netizen tuntut Thanuja minta maaf netizen tuntut Thanuja minta maaf netizen tuntut Thanuja minta maaf netizen tuntut Thanuja minta maaf

Sementara itu, Thanuja yang menyedari dirinya teruk dikecam telah bersuara dan akui tiada niat untuk menyakitkan hati mana-mana pihak atau menyentuh soal agama.

Katanya, dia hanya menyuarakan rasa sedih melihat lembu disembelih memandangkan dirinya merupakan seorang pencinta haiwan.

Saya membesar dalam kalangan orang Islam juga sebab saya ke Sekolah Kebangsaan. Saya ramai kawan Muslim dan pernah ajak kelas mengaji.

Saya ni juga antara antara yang pandai menyanyi lagu nasyid dan hafal nama-nama Nabi.

Thanuja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...