Netizen Tuduh Alya Iman Punca Rumah Tangga Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Bergolak, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan – “Saya Tak Ada Kena Mengena..”

Hiburan

Netizen Tuduh Alya Iman Punca Rumah Tangga Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Bergolak, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan – “Saya Tak Ada Kena Mengena..”

Pelakon, Alya Iman tampil memberi respon selepas dituduh menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.

Menurut sumber, Alya atau Nur Alya Iman akui terkejut selepas peminat pasangan selebriti itu menyerangnya di TikTok sekali gus menyangkal dakwaan tersebut.

Advertisement

alya iman

Saya tak ada kena mengena. Hanya sebab drama kami tengah tayang sekarang, saya pun kena serang.

 

Saya tak tahu apa-apa masalah yang dia (Yusuf) hadapi. Tidak adil masalah rumah tangga dia, saya pula jadi kambing hitam.

Meskipun pernah terpalit dengan beberapa kes ‘penyondol’ sebelum ini, pelakon itu memaklumkan dia sentiasa berusaha untuk membersihkan nama baiknya.

alya iman

Saya tak simpan nombor telefon dia demi jaga nama baik bila bekerja dengan pelakon lelaki berstatus suami orang.

 

Kami di set memang baik, saya anggap dia macam abang saja. Saya sangat profesional, di luar set saya memang tak akan hubungi dan berkawan dengan dia.

Kata Alya, dia enggan namanya dikaitkan dengan mana-mana kes orang ketiga demi mengekalkan nama baiknya.

alya iman

Saya tak kisah kalau viral mengenai perkara yang saya sendiri buat macam pakai baju seksi, saya tak kisah sebab itu betul dan saya sedia hadap.

 

Kalau perkara yang cuba memfitnah saya tak berminat nak tahu sebab saya penat jaga nama baik.

Sebelum ini, Alya diserang oleh netizen dengan pelbagai kata-kata yang kurang menyenangkan sehingga dia terpaksa menutup ruangan komen di akaun media sosialnya.

Difahamkan, tuduhan itu mula timbul selepas Alya dan Yusuf sama-sama membintangi drama Si Bakhil dan Bunganya yang sedang ditayangkan di Astro One.

Yusuf bahrin jawab soalan isu pergolakan rumah tangga dengan zizi kirana
2025-07-15 14:22:47

"Saya Pun Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana.." - Yusuf Bahrin Bersuara Isu Rumah Tangga Bergolak Dengan Zizi Kirana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...