Written by Bella | November 26th, 2018

Senarai 12 lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) telah pun diumumkan pada hari Jumaat minggu lalu. Namun, kali ini ramai yang tidak puas hati dengan pemilihan yang dibuat oleh juri kerana tiada sebuah band yang berjaya mara ke pentas separuh akhir  dan banyak lagu bagus gagal ke anugerah berprestij tersebut.

Antara yang hangat diperkatakan adalah lagu Layar nyanyian Dayang Nurfaizah, karya yang bagus tetapi masih tidak dapat bersaing dengan baik. Pengarah muzik, Datuk Mokhzani Ismail yang juga ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 33 menjelaskan lagu ciptaan Aubrey Suwito itu kurang nilai komersial.

Selain vokal dan karya itu, impak kepada pertandingan juga diambil kira. Contohnya lagu Dayang Layarlah Kembali adalah ciptaan yang bagus, namun ia sukar untuk diterima pendengar atau kurang nilai kormersil. Ia seperti lagu klasik yang mana tidak semua orang faham tapi ia karya yang bagus.

Mokhzani turut menjelaskan vokal serta penyampaian lagu berentak balada antara elemen yang diberikan perhatian.

Lagu balada terlalu banyak sebab tu juri kena buat penilaian dan pilih yang terbaik. Jadi sesebuah lagu itu dinilai secara keseluruhan daripada pelbagai sudut iaitu ciptaan melodi dan kreativiti. Lagu balada sangat sukar kerana kita dengar dari awal, klimak dan penutupnya.  Melodi adalah kunci utama pada sesebuah lagu balada.

Setiap 12 lagu yang dipilih ke AJL33  telah pun dinilai dan diberi peluang secara adil dari seluruh aspek. Tidak mengapalah, keputusan sudah pun dibuat dan kita tunggu dan lihat siapa yang benar-benar menghargai peluang yang diberikan dan membuat persembahan memukau nanti.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : TV3 Malaysia

58 responses to Netizen Tidak Puas Hati Lagu Bagus Gagal Ke AJL 33, Ini Penjelasan Juri

  1. Anonymous says:

    sng je nk bgi kesimpulannya:
    1. Org yg byk kali menang, walaupun suara power mantap, merdu, etc, maka anda di ketepikan.

    11

    1
    • Anonymous says:

      Sampai skrg akak xpaham penilaian AJL ni. Pian yg pitching ke laut pun boleh ke final? Habis vokal x ambil kira ke camner nie wey?

      29

      0
      • Anonymous says:

        sepatutnya vokal pun ambil kira. si pian tu mcm karaoke pun boleh dpt mentang2 lagu tu hits di youtube kann? propa je semua ni!

        12

        0
        • Sam says:

          yg pelik vokal x diambil kira. habis korang (tv3) sibuk buat rancangan cari bakat nyanyian buatper? x paham aku!

          19

          0
        • Anonymous says:

          Aku tengok lagu-lagu yg pergi final tu semua yg best dan bagus2 je. Okay la tu. Ada jgk lagu bagus yg tercicir tak masuk tp yela camner takkan nak masuk final semuanya. Yg penting, jangan lagu kureng yg masuk final. Yg ni semua best2 je lagunya.

          9

          0
        • Chohkri Yulis. says:

          Ni djurikn utk lebih kpd psembahan live..sbb tu ramai marah si Pian tu. Kalau Ajl x lebihkn kpd psembahan live….ramai dh artis bleh edit mcm2 vocal track n muzik lagu th.

          1

          0
      • Anonymous says:

        aku rase sbb lagu pian tu famous even vokal tah pape…better si pian bg lagu tu kt zamani…cm altimate bg kt billy zulkarnain…
        syg lagu tu sedap tp suara pian tu spoilkn lgu tu..

        8

        1
        • DiHauk Mu says:

          Dalam semua2 Pian yg paling memalukan. Vokal tahap penyanyi karaoke ahjer.
          anugerah bprestij haper. i dun think so!

          10

          2
        • Anonymous says:

          kan better bg zamani nyanyi,merdu la juga, chances nk menang pn tinggi…ni suara pian ke laut dalam,x boleh di gali lg…silap2 suara penyek yg kuar..

          5

          3
      • Anonymous says:

        vokal pun penting sebab lagu yg baik adalah kombinasi kesemuanya. patutlah elizabeth tan pun layak masuk.

        9

        0
      • Anonymous says:

        Juri lah harus explain tentang permakahan. Dari dulu lagi kriteria ke final tidak diketahui umum. Buat mcm GV tu kan senang terangkan betul2.

        5

        0
    • Anonymous says:

      Persaingan vokal terbaik Misha Omar, Dayang dan Siti Sarah. Yang lain ke tepi. Siti Noordiana pun biasa2 je.

      19

      0
    • Anonymous says:

      plg x boleh blah lagu syamel..mmg la vokal dia sedap… tp lagu rancak dia aku xley hadam, pn ke ajl???…bnyk je kot lagu lain yg best…

      20

      0
    • Yang Memerhati says:

      TV3 dan AJL .. tolong lah improve sound system wou. Dengar di dewan ‘live’ sedap je sore penyanyi tpi kalu kt tv selalu sound “mendap” dan sendu vokal penyanyi2 tk myerlah. Pastu buat pulak kat Shah Alam stadium buruk tu pulak. Fail lah production AJL sejak kebelakangan ni. :((

      7

      0
    • minah jambu say says:

      lagi satu lagu dayang bukan nye sedap sngat..lagu dia selalu yg lembek lembek aje boring..

      13

      2
    • Faraj says:

      TV3suku pun nk pupus dh..tgh buang pekerja..aoa nk hrran pasal AJL..sponser2 pun takut..sponser2 sekarang thh attack GV tahun depan…tu jrr

      0

      0
    • ORANGE says:

      Tak puas hati jugak nape Wany Hasrita tak masuk final AJL?
      Kan dia dah menang ABPH. Dan lagi satu.. Wany mmg suka blocked peminat2 and followers dia yg suka komen iG dia ke????? Walaupun komen murni2 tapi kene blocked juga. Sedihla camni.. Saya sayang kak wany hasrita.. penat undi Wany Hasrita nak bg dia menang ABPH tapi kite yg kene blocked kat iG. WUWUWUWUWuuuuu #peminatwanyhasritanangisSEDUsedan

      0

      4
  2. haihh says:

    nak bagi siti sarah menang le teww…hrumm..

    4

    0
  3. as says:

    kata juara lagu..bukan juara boleh jual lagu.

    Patutla media prima nk melingkup…pilih bulu selalu…cuba jujur dan amanah…pasti berkat…tapi ini hiburang juga…berkat tang mana tak tau..lagha ada la

    6

    0
  4. Anonymous says:

    Aku lg suke konsep ajl dulu2, semua kategori ade paling best kategori irama msia n pop rock, semua berpeluang nak masuk ajl ikot kategori masing2, skrg semua lagu balada boring je sikit2 lagu layan perasaan erghh

    20

    0
  5. nia says:

    qody pn sedap tak dpt final.. ha tepuk

    4

    0
  6. Anonymous says:

    habis tu ape konsep ajl sebenarnye kalau lirik n lagu tu sendiri x diambil kira walaupon bagus? yg suke sume jenis2 layan perasaan, syok sendiri jenis tangkap leleh memang lah lagu balada cintan cintun putus cinta aje yg menang

    4

    0
  7. kakikucinghitam says:

    something is not right with the judgement. xkisahlah kalau lagu tu mmg x terkenal langsung tp kalau lagu dan lirik mmg seni yang bagus, lagu tu kena lah masuk…

    8

    0
  8. saodah says:

    Anugerah Juara lagu (AJL) ini untuk menghargai bakat penciptaan lagu dari segi lirik, lagu, semangat dan penghayatannya. Bukan dinilai dari segi persembahan dan penyanyinya.

    3

    0
  9. Anonymous says:

    Lagu ni boring larr!

    0

    1
  10. Anonymous says:

    Persembahan dan teknik nyayian pun harus masok. Kalu esok2 Aliff Syukri upah si Ajai lagu sedap vokal ke laut pun boleh masuk final. Apa ni?

    12

    0
  11. dddd says:

    pehal lagu Ben Laden takkkkk masukkkk hoiii????

    6

    2
  12. Aku says:

    Pape pun aku puas hati lagu Hakiem Rusli Selamat Tinggal Sayang tak layak final hahaha. Budak budak Wechat je suka lagu tu. Dekat Twitter meroyan lagu tu tak masuk final hahaha.

    14

    2
  13. Noname says:

    Yes…vokal la nk menyedapkn lagu tu..
    Juri semua pro..tapi thn lps pn cmni..
    Kecoh gak..

    1

    0
  14. Abg Bawang says:

    Lagu Dayang biasa2 je….

    5

    2
  15. All says:

    Juri2 tu semua dah pening nak buad pemarkahan dan nak pilih Top12… Tak habis2 korang tak puas hati la apa la… Kalau nak lagu itu ini masok final korang anjur AJL masing2… Macam budak2 perangai…

    3

    1
    • Anonymous says:

      Ko la mcm budak2. Suruh org anjur konon. Kalau lagu dan vokal ke laut pun boleh masok, bila artis2 dan lagu kita nk meningkat. Entah haper2 je!

      5

      0
    • Aku says:

      Tulah. Diorang ingat juri ni budak budak baru ke. Juri ni professional. Takkan nak ikut halwa telinga korang.

      2

      2
  16. Anonymous says:

    Bermakna sistem penilaian utk AJL gagal. Macam mana Sufian Suhaimi terang2 vokal sendu ko kasi layak. Campur la markah vokal sekali.

    3

    0
  17. Nnn says:

    Sebenarnya lagu dayang nurfaizah dah tahap international…..pendengar Malaysia lebih suka lagu yg biasa mudah difahami, direct meaning….kalau kau tak percaya suruh dayang tukar version English nyanyi kat luar negara….

    6

    2
  18. whatever says:

    i ok je dgn finalist kali ni cuma klu ada 1 band msk ajl happening la sikit. as long bukan wany smule. lagu xde kualiti. suara ke laut. taraf budak wechat. xlayak msk ajl.

    7

    0
  19. Rose says:

    Best of luck for Misha Omarr! you can do better final nanti, slowkan tempo sikit and boleh jadi johan ajl! Sampai bilaa dari lirik, melodi and suara kak mitch besttt !

    1

    0
  20. Anonymous says:

    memalukan..persembahan terang bersuluh buruk terpilih..

    2

    0
  21. mak c kina says:

    aku makin xfaham konsep ajl ni..bila penyanyi plak yg excited dpt masuk final..patutnya pencipta/penulis yg beri ucapan..cth si ara tu..siap ucap terima kasih kat keluarga..utk apa?..yg cipta budak2 majestrit…

    1

    0
  22. Kakak Hambar says:

    Lagu dimatamu tu ada aura cuma tang nyanyian tu no komen. Tak adil lah kalau melodi dan lirik sedap tapi disebabkan penyanyi, tak tercalon.
    Lagu layarkan kembali tu aku rasa tak ada aura melodinya pun kurang menarik walaupun liriknya puitis dan Dayang nyanyi dengan baik.
    Cuma lagu Kau pun sama nyanyian Syamel je aku rasa agak terkejut boleh pergi final. Aku rasa lagu tu hambar. Hahaha.

    0

    0

Leave a Comment

Optional