Ketika kesan wabak COVID-19 dari segi ekonomi mula dirasai oleh penduduk dunia, Jeff Bezos selaku CEO Amazon malah menganggap pandemik COVID-19 ini sebagai peluang untuk meningkatkan aset serta sahamnya. Sejak akhir-akhir ini, peningkatan keuntungan Amazon membuatkan Jeff Bezos mampu mengukir senyuman lega.
Berdasarkan sebuah laporan yang diterima, CEO Amazon kini merupakan antara manusia terkaya di dunia dan juga bakal diiktiraf sebagai manusia pertama yang mempunyai kekayaan mencecah $1 trilion menjelang tahun 2026.
Amazon berjaya mengaut keuntungan sebanyak $75.5 bilion (RM327.25 bilion) di sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
Walaupun Jeff Bezos yang juga merupakan warganegara Amerika Syarikat dijangka mencapai kekayaan yang sangat mengagumkan, penduduk di negara tersebut dikatakan kurang senang dengan kenyataan yang dikeluarkan.
Malah, netizen menaikkan hashtag #RIPCapitalism untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap jurang kekayaan Jeff Bezos dengan rakyat biasa.
Jeff Bezos is expected to become the 1st trillionaire as he consolidates the retail market during coronavirus.
Now Amazon is telling its workers (who have faced significant risk) that it’ll be ending their hazard pay at the end of MAY!
Atrocious greed.https://t.co/JOcsZBwSGo
— Rep. Bonnie Watson Coleman (@RepBonnie) May 13, 2020
Orang ramai tidak menyukai Jeff Bezos kerana mengabaikan kebajikan tenaga kerja Amazon ketika wabak COVID-19 sedang menggila. Kerahan tenaga juga tetap dilaksanakan walaupun kebanyakan operasi syarikat telah dihadkan.
I don’t know how anyone can defend an economic system where a plutocrat like Jeff Bezos makes $24 billion during a pandemic while 33 million Americans lose their jobs. The disease plaguing our nation is capitalism and the vaccine is democratic socialism. #RIPCapitalism
— Ryan Knight ? (@ProudSocialist) May 13, 2020
Tidak cukup dengan itu, orang ramai turut membandingkan jumlah dana yang disumbangkan Jeff Bezos untuk membantu mangsa COVID-19. Ada yang mengatakan jumlah dana tersebut tidak setimpal dengan kekayaan yang melimpah ruah sebagai manusia terkaya dunia.
Masyarakat dunia masih sedang berusaha untuk keluar dari kemelut kesan ekonomi yang dibawa oleh wabak COVID-19. Terlalu ramai yang kehilangan pekerjaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk meneruskan kehidupan.