June 23rd, 2020

Bergelar ibu di usia muda pastinya teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata untuk pertama kalinya. Tidak terkecuali juga buat penyanyi Tasha Manshahar yang mengambil keputusan untuk mencabar dirinya sendiri dalam menghasilkan kek harijadi buatan sendiri.

Tasha yang berkesempatan menyambut hari jadi anaknya, Muammar Rafiqi yang pertama turut mengakui tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang pembuatan kek. Namun, dia mahu menjadikan pengalaman itu sebagai sesuatu yang bermakna buat dirinya.

Dia yang berkongsi momen manis berkenaan berkata, dia daripada awal lagi sudah mempunyai niat untuk membuat kek sendiri dan mula ber’aksi’ di dapur ketika tengah malam ketika semua orang sedang tidur.

View this post on Instagram

Dari awal lagi I mmg dah niat nak bake birthday cake specially for Muammar on his 1st birthday walaupun sebenarnya i tak pernah dan tak pandai baking lgsg! Tapi saja nak make today more memorable and meaningful (atleast for me). Tgh malam semalam ya i mula baking time semua org dah tidur. Nervous gila sbb mmg tak reti! Kek cantik order jugak untuk org dewasa makan, tp Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, so I made an effort inspired by many other supermoms out there utk buat cake yg anak boleh makan. Boleh je nak upah baker buat ikut resipi yg kita bagi, tapi i saja nak buat sendiri hehehe. Tapi berani mati jugaklah i sbb honestly kuantiti bahan dia ada yg i main agak-agak je ? Nasib baik lahhhhh rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak mengerikan ya. Patut mommy boleh design2 letak buah ke tp mommy tak sempat, sorryyy Muammar ? _ Emmm nak share resipi tp rupa kek kita pun mcm tak berapa meyakinkan…tapi ada yg nak resipi ke? ???

A post shared by @ tashamanshahar on

Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar,28, turut menempah kek untuk dihidangkan kepada ahli keluarga yang lain.

“Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, jadi saya pun usaha la… inspirasi daripada ibu-ibu hebat di luar sana untuk buat kek yang anak boleh makan,”

View this post on Instagram

Our Muammar is turning 1yo today. How time flies ?? Happy 1st Birthday, my little hero. Minta jasa baik semua doakan supaya Muammar membesar sihat, baik, bijak dan bermanfaat. Terima kasih ya semua, sbb syg Muammar walau hanya dari kejauhan. _ Mommy spam byk gmbr and video harini dekat feed and igstory sebab mommy tengah reminiscing pengalaman melahirkan Muammar tahun lepas. Sorry okay ?

A post shared by @ tashamanshahar on

Dia yang berseloroh mengatakan rupa kek yang dihasilkan itu agak ‘mengerikan’ namun rasanya agak enak dan sedap. Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, ramai netizen yang mengikuti perkembangan Tasha telah meminta resipi kek ‘mesra bayi’ ini.

Mengimbas kembali, Tasha telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, penyanyi Fahrur Raqib Abdul Majid, 30, pada September 2018 dan kini dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Muammar Rafiqi berusia satu tahun.


2 responses to “Netizen Tetap Minta Resipi Walaupun Rupa ‘Ngeri’, Tasha Manshahar Kongsi Resipi Kek Untuk Bayi”

  1. Anonymous says:

    kenapa umur 1yo takleh mkn kek? bukannya pedas @ masam @ keras etc. bhn2 kek takde yg pelik pun….

    • ryu says:

      kek kan high in sugar. budak elok jangan dibiasakan dgn gula ni. bahaya. nnt dr kecik da exposed dgn risk diabetes. and plus boleh ganggu system saraf dia jugak.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...