Bergelar ibu di usia muda pastinya teruja untuk menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata untuk pertama kalinya. Tidak terkecuali juga buat penyanyi Tasha Manshahar yang mengambil keputusan untuk mencabar dirinya sendiri dalam menghasilkan kek harijadi buatan sendiri.
Tasha yang berkesempatan menyambut hari jadi anaknya, Muammar Rafiqi yang pertama turut mengakui tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang pembuatan kek. Namun, dia mahu menjadikan pengalaman itu sebagai sesuatu yang bermakna buat dirinya.
Dia yang berkongsi momen manis berkenaan berkata, dia daripada awal lagi sudah mempunyai niat untuk membuat kek sendiri dan mula ber’aksi’ di dapur ketika tengah malam ketika semua orang sedang tidur.
Tasha atau nama sebenarnya Nadia Natasha Mohd Manshahar,28, turut menempah kek untuk dihidangkan kepada ahli keluarga yang lain.
“Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, jadi saya pun usaha la… inspirasi daripada ibu-ibu hebat di luar sana untuk buat kek yang anak boleh makan,”
Dia yang berseloroh mengatakan rupa kek yang dihasilkan itu agak ‘mengerikan’ namun rasanya agak enak dan sedap. Menjengah di ruangan komen entri berkenaan, ramai netizen yang mengikuti perkembangan Tasha telah meminta resipi kek ‘mesra bayi’ ini.
Mengimbas kembali, Tasha telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, penyanyi Fahrur Raqib Abdul Majid, 30, pada September 2018 dan kini dikurniakan anak lelaki yang diberi nama Muammar Rafiqi berusia satu tahun.