Netizen Teruja Tengok Dinosaur ‘Tawan’ KLCC. Ni Yang Tak Sabar Nak Tengok Jurassic World Dominion!

Trending

Netizen Teruja Tengok Dinosaur ‘Tawan’ KLCC. Ni Yang Tak Sabar Nak Tengok Jurassic World Dominion!

Sebut je filem Jurassic, kita semua tau ia mengisahkan tentang haiwan pra sejarah, dinosaur. Masa kecil dulu, kami suka betul layan trilogi filem Jurassic Park. Bila dah dewasa, ada pula direct sequel untuk fraincais ni iaitu, Jurassic World. Memang menggambit kenanganlah!

Untuk anda yang tak tau, bakal ada satu lagi threquel untuk filem Jurassic World ni iaitu JURASSIC WORLD DOMINION. Filem ini bakal menyajikan konklusi bagi kehidupan manusia dan dinosaur ni dunia ni. Tapi belum apa-apa kami tengok dinosaur dah ‘tawan’ kita dulu. Haaa apa ni?

Advertisement

“Nampak real”, netizen teruja tengok skrin 3D billboard tayang dinosaur

 

 

Kalau anda nak tau, tayangan anamorfik 3D di billboard CuBig@ KLCC Junction ni adalah sempena meraikan threquel terakhir JURASSIC WORLD DOMINION yang akan ditayangkan pada 9 Jun 2022 nanti.

Bukan itu je, untuk peminat setia filem Jurassic, jangan lepaskan peluang anda untuk turut serta dalam event special di Sunway Pyramid JURASSIC WORLD DOMINION Mall Takeover yang akan berlangsung sehingga 12 Jun ini.

Anda boleh bergambar bersama figura JURASSIC WORLD DOMINION Blue & Beta serta ada macam-macam aktiviti menarik yang anda boleh sertai.

JURASSIC WORLD DOMINION dikatakan bakal menjadi penutup terepik untuk filem Jurassic sepanjang zaman. Manakan tidak, menerusi threquel ini anda dapat menyaksikan kemunculan semula pelakon asal dari francais Jurassic Park iaitu  Sam Neill (Alan Grant), Laura Dern (Ellie Sattler), dan Jeff Goldblum (Ian Malcolm).

Lagi satu akan ada beberapa spesies dinosaur baru yang bakal menanti penonton. Kalau selama ni anda tau T-rex je, nantikan Atrociraptor, dinosaur yang lebih pantas, lebih kuat dan lebih pintar. Wow!

Adakah ‘masa’ manusia di dunia bakal tamat? Jom tengok Jurassic World Dominion di pawangan berhampiran!

Perghh trailer pun gempak! Walaupun filem je, tapi kami nervous pula nak tau apakah ending JURASSIC WORLD DOMINION ni. Untuk anda yang tak sabar macam kami, jangan lupa tempah tiket untuk menyaksikannya di pawagam berhampiran pada 9 Jun 2022 ni. Tak lama dah!

Tapi sementara tu, apa kata layan dulu JURASSIC WORLD DOMINION | Legacy Featurette yang membawakan babak-babak belakang tabir francais Jurassic Park dan Jurassic World. Memang legend!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...