Sekarang ini sudah banyak usaha yang dilakukan untuk memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat. Lagi-lagi untuk golongan muda kini yang lebih kerap dengan penggunaan gadget. Untuk menyemarakkan lagi minat membaca, Perpustakaan Kuala Lumpur telah diberikan nafas baru.
Selepas ditutup untuk kerja pembaikan, Perpustakaan Kuala Lumpur atau Pustaka KL dibuka semula dengan wajah baru. Yang pastinya, ramai yang cukup teruja dan tak sabar untuk berkunjung. Jom tengok gambar yang dikongsikan oleh Arib Ismail ini.
Perpustakaan Kuala Lumpur dah bukak balik selepas bertahun renovate. Nampak lagi cantik dalam dia.
Kalau tengah cari tempat yang tenang untuk study atau buat kerja, boleh datang sini. Masuk percuma. Daftar keahlian pun percuma. pic.twitter.com/J2lRDhcjrv
— Arib Ismail (@aribismail) November 10, 2019
Untuk anda yang tak tahu, Perpustakaan Kuala Lumpur ini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka. Waktu perkhidmatan dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad minggu pertama bagi setiap bulan serta cuti umum. Jadi, jangan lupa singgah!
Kalau anda nak tahu, Taman Tasik Titiwangsa juga bakal dibuka semula dengan wajah baharu. Untuk baca artikel penuh, klik sahaja pautan di bawah.
Artikel berkaitan: Selepas Setahun Ditutup, Taman Tasik Titiwangsa Akan Dibuka Semula