Netizen Teruja Lihat Foto Semasa Zaman Muda Dr Noor Hisham Abdullah Semasa Di Universiti

Trending

Netizen Teruja Lihat Foto Semasa Zaman Muda Dr Noor Hisham Abdullah Semasa Di Universiti

Semenjak penularan wabak COVID-19 di Malaysia, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah selaku Ketua Pengarah Kesihatan menjadi figura yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia. Saban hari, wajahnya pasti akan terpampang di televisyen bagi memberikan perkembangan terkini kes di Malaysia.

Menerusi akaun Facebook rasmi miliknya, beliau telah memuatnaik beberapa foto lamanya bersama rakan-rakan ketika zaman muda. Perkongsian yang dimuatnaik semalam membuatkan rata-rata netizen cukup teruja melihat sisi lain Ketua Pengarah Kesihatan itu.

Advertisement

Kenangan di UKM

dr noor hisham

Untuk makluman, Dr Noor Hisham Abdullah merupakan alumni di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di dalam perkongsian itu, beliau turut berterima kasih kepada mentor iaitu Professor Emeritus Dr Freda Andrea Meah kerana banyak membantu beliau sepanjang bergelar pelajar.

“Sebagai alumni UKM, bagi peringkat sarjana dan pascasiswazah saya, saya telah menemui banyak individu luar biasa yang telah memberi inspirasi dan bimbingan kepada saya selama ini.”

Dr Noor Hisham Abdullah menghabiskan masanya sebagai pelajar di UKM sehingga berjaya menamatkan pelajaran di tahap PhD. Beliau turut menceritakan perjalanan hidupnya sebagai seorang pelajar yang telah bertemu dengan seseorang paling bermakna.

Salah seorang guru kesayangannya adalah Professor Emeritus Dr Freda Andrea Meah. Prof Dr Meah merupakan salah seorang yang pakar dalam bidang Pembedahan Endokrin dan Payudara pada tahun 1978 di UKM.

dr noor hisham

dr noor hisham

Menurutnya, sebagai “ibu” kepada banyak pakar bedah, Prof Dr Meah dianugerahkan Profesor Emeritus pada tahun 2011. “Saya adalah salah seorang daripada kebanyakan pelajarnya, dan saya mengenalinya sejak saya menjadi pelajar perubatan dan selama lebih dari 37 tahun,” katanya lagi.

dr noor hisham

Melihatkan kepada gambar-gambar lama yang dikongsikan, kebanyakan netizen berpendapat Dr Noor Hisham sememangnya mempunyai raut wajah yang tampan sejak dahulu lagi. Ada juga yang menganggap beliau pastinya mempunyai peminat wanita yang ramai semasa di universiti.

“Hensemnya masa muda.”

facebook

“Rupa masa muda ada iras pelakon Korea.”

facebook

Bukan calang-calang kehebatan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini. Sebelum ini juga, Dr Noor Hisham diiktiraf sebagai antara tiga doktor terbaik di dunia dalam menangani pandemik COVID-19. Beliau tersenarai bersama-sama Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Artikel berkaitan: Trending Di Twitter, Datuk Dr Noor Hisham Diiktiraf Antara Doktor Terbaik Di Dunia Tangani COVID-19

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...