Siapa sahaja pasti kenal dengan kedai RM2 atau Eco Shop yang sememangnya terkenal dengan barangan yang dijual pada harga RM2.10. Selain daripada harganya yang murah, pelbagai barangan dijual yang pasti akan buatkan anda rambang mata dibuatnya.
Selain daripada Eco Shop, kini mereka juga turut membuka Eco Bakery yang menjual pelbagai jenis roti dan minuman. Menariknya, harga produk yang dijual masih lagi dikekalkan pada harga RM2.10! Bukan sahaja ada banyak pilihan roti, malah minuman seperti kopi dan pencuci mulut seperti aiskrim turut dijual.
Guys, kedai eco dah bukak bakery. Semua roti rm2.10. Ada jugak air rm2.10 jugak. Aiskrim pun rm2.10.
Roti dia gebu gebasss.Tapi dekat Segamat je ada. pic.twitter.com/jiRmMKrTKj
— AkipahDeana (@kipahkun) March 10, 2020
Buat masa ini, hanya ada satu cawangan saja yang dibuka iaitu di U Sentral Segamat, Johor. Tetapi jangan risau, kerana dikhabarkan beberapa cawangan lain akan dibuka secara berperingkat untuk dinikmati oleh seluruh pelanggan di Malaysia.
Sejak pembukaan pada hujung tahun lalu, ramai yang berkongsikan komen yang cukup baik untuk produk yang dijual. Walaupun dijual pada harga yang murah, kualitinya masih lagi setanding dengan produk dari bakeri yang lain. Pada bulan Januari yang lalu, DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar juga telah mengunjungi cawangan tersebut.
Artikel berkaitan: Perkongsian Gadis Ini Tentang Tempat Makan Menarik Di Ipoh Tular Mendapat Perhatian Netizen