Satu entri di Threads menarik perhatian apabila seorang pengguna bertanya mengenai status semasa rangkaian minuman Bubblebee yang dimiliki oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.
Dalam kenyataan ringkas itu, pengguna tersebut menulis,
Bubblebee Shuib tu memang semua cawangan dah tutup ke? Siapa tahu sebab apa?
Pertanyaan itu mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang turut menyedari ketiadaan aktiviti terkini di beberapa cawangan jenama berkenaan.
Ada yang mengaku sudah lama tidak melihat operasi Bubblebee di lokasi biasa, malah ada juga yang menyuarakan rasa hairan kerana tidak mendengar sebarang pengumuman rasmi.
Setakat ini, belum ada kenyataan dari pihak Shuib atau pengurusan Bubblebee berhubung status sebenar perniagaan tersebut.
Netizen berharap Shuib dapat tampil memberikan penjelasan memandangkan jenama itu sebelum ini pernah tular dan mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan.