Netizen Tertanya Perasaan Aidil Tengok Video Anak Balik Asrama, Rita Dedah Rupanya Dah Kena ‘Block’ Dengan Yang ‘Di Sana’

Hiburan

Netizen Tertanya Perasaan Aidil Tengok Video Anak Balik Asrama, Rita Dedah Rupanya Dah Kena ‘Block’ Dengan Yang ‘Di Sana’

Aktres jelita, Rita Rudaini baru-baru ini ada berkongsi video menunjukkan moment ketika dia menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin ke sekolah berasrama kerana sesi persekolahan sudah bermula.

Rakaman tersebut memuatkan ramai netizen terutamanya golongan parents berasa sayu kerana mereka memahami perasaan ketika berpisah dengan anak seperti dilalui Rita.

Advertisement

Apatah lagi, pelakon berusia 46 tahun tersebut merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan dua anak lelakinya itu.

Ramai warganet meninggalkan komen sedih selepas turut berasa sebak menonton video dimuat naik oleh Rita. Namun, dek kerana itu nama bapa kepada anak-anaknya, Aidil Zafuan tidak semena-mena dibangkitkan.

Seorang individu tertanya tentang perasaan Aidil selepas melihat posting video dimuat naik oleh Rita itu tetapi dengan tenang aktres berkenaan menjawab,

Tak boleh nampak sebab di sana block takut daddynya nampak fy anak-anak. Takut naw, sampai mati dikejar bayang-bayang.”

Sementara itu, rata-rata warganet memuji semangat yang dimiliki Rita dalam membesarkan anak-anaknya dari kecil tanpa kehadiran seorang suami di sisi.

Malah, ada sesetengah yang berpendapat bahawa Rita selayaknya dijadikan contoh sebagai ibu tunggal yang kuat dan dihormati ramai orang.

Airit Rayyan Aidil Zafuan Rita
1 year ago

"Dah Memang Pak Dia.." - Netizen Tegur Anak Sulung Ikut Wajah Aidil Zafuan, Rita Rudaini Tak Terasa Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...