Pengalaman menghadiri majlis konvokesyen pastinya antara kenangan yang tak dapat dilupakan bagi seorang graduan. Lagi-lagi apabila majlis tersebut turut dihadiri oleh keluarga tercinta untuk meraikan kejayaan mengenggam segulung ijazah.
Dalam banyak-banyak gambar majlis konvokesyen di media sosial, gambar yang dimuat naik oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini telah menyentuh hati ramai pihak. Sudah menjadi tradisi untuk graduan di UKM untuk tunduk hormat kepada ibu bapa dan pensyarah sebelum graduan dipersilakan duduk.
“Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru,semua graduan diminta berdiri.”
Hormat kepada ibu bapa,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,
ke kanan,TUNDUK,dan
hormat kepada para guru
ke kanan, TUNDUK.“Para graduan dipersilakan duduk.”
Saat ni mmg paling touching..Alhamdulillah 2x merasa saat cmni dalam dewan keramat ni..its a symbol of respect to those who has sacrifise the most throughtout our journey untuk menggenggam segulung ijazah..hanya yang pernah mengalami yang faham kan?..UKM sentiasa di hati..dulu, kini dan selamanya
“Aduhai, part ni memang sayu mengundang sebak dihati.”
Sumber: Facebook