Terkenal sebagai Juara Tilawah Kebangsaan, sudah pasti ramai yang tahu mengenai alunan suara Farhatul Fairuzah yang menyentuh perasaan ketika membaca al-Quran.
Tapi siapa sangka bahawa gabungan suara Farhatul dan penyanyi rap popular Malaysia iaitu Zizi Kirana ternyata merdu dan membuatkan ramai yang terpegun.
Lihat sahaja video pendek yang dikongsikan oleh Farhatul menerusi laman Instagram miliknya, merdu kan gabungan suara mereka berdua?
View this post on Instagram
Dalam video itu, kedua-dua Zizi dan Farhatul telah melantunkan selawat bersama-sama semasa menyertai satu acara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Kalau anda nak tahu, Zizi juga turut menerima perhatian ramai dek alunan yang merdu apabila tampil membaca al-Quran dipercayai dalam acara yang sama baru-baru ini.
@kir4n4Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut ? InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ?? #RahsiaRamadhan
Melihatkan video tersebut, rata-rata netizen mula muhasabah diri dan mengatakan bahawa luaran seseorang itu tidak meggambarkan apa yang di dalamnya. Bahkan mereka memuji Zizi kerana dianugerahkan suara yang sedap, tak kisah apabila menyanyi, rap mahupun mengaji al-Quran.
Sedap betul kan suara Zizi?