Sekarang baru admin faham kenapa mak-mak kita sayangkan sangat produk Tupperware. Tular di media sosial, pengguna Tupperware ada memuat naik gambar menunjukkan produk tersebut selepas ia ditenggelami banjir baru-baru ini.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian dan membuat ramai terpukau dengan kualiti barangan Tupperware. Mana tidaknya, gambar-gambar dikongsikan menunjukkan makanan yang disimpan masih selamat dan elok meskipun bekas sudah dipenuhi lumpur banjir.
Walaweyh!! Yang penting kedap udara dan air!”
Jualan Tupperware selepas ini akan terus meningkat dan meningkat. Good review from mangsa banjir. Walaweyh!! Yg penting kedap udara n air! Hihi.. pic.twitter.com/IwI6NoGJ2K
— ??ILoveMyHusband?? (@Azfar_Az) December 27, 2021
Ada juga yang berkongsi di laman Twitter, mengatakan semua tupperware terkeluar dari rak kerana rak kembang akibat terkena air banjir. Tetapi, kelihatan Tupperware yang terkena banjir itu semuanya dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan.
Seorang individu berkata ibunya menyimpan susu tepung di dalam Tupperware dan mengejutkan, bekas tersebut langsung tidak dimasuki air!
Mak aku simpan susu tepung dlm tupperware time banjir haritu , and tugas aku adalah mencuci mangkuk2 la en and supprising was TAK MASUK AIR YE BEKAS TU
— Kinah (@sya_qiena) December 28, 2021
Kejadian banjir tersebut membuktikan produk Tupperware berkualiti dan perkongsian itu membuatkan netizen berpendapat bahawa jualan bekas jenama berkenaan akan meningkat.
Baca: Baru Dapat ‘Bernafas’ – Sangkar Ikan Patin Amerul Affendi Musnah Dilanda Banjir