Netizen Terpaku Lihat ‘Glow Up’ Neelofa Daripada Zaman Sekolah MRSM Sehingga Kini!

Hiburan

Netizen Terpaku Lihat ‘Glow Up’ Neelofa Daripada Zaman Sekolah MRSM Sehingga Kini!

Tipulah kalau cakap yang anda tak kenal dengan selebriti popular Neelofa! Bukan sahaja terkenal dalam bidang lakonan tetapi wanita ini juga memiliki beberapa bisnes besar di bawah namanya seperti ‘Naelofar Hijab’ dan susu pisang ‘Nilofa’.

neelofa

Advertisement

Setelah mengundurkan diri daripada rancangan ‘Meletop’ pada hujung tahun 2019, Neelofa masih lagi senang mendiamkan diri mengenai hal karier seninya untuk tahun 2020 ini. Tak pasti bilakah peminat dapat melihatnya kembali beraksi di kaca televisyen.

Mungkin teringin update terbaru mengenai wanita cantik itu, satu bebenang di Twitter telah buat throwback zaman kegemilangan Neelofa semasa dia bersekolah di MRSM Langkawi.

Rupanya gadis berasal daripada Kelantan ini dah rupawan daripada umur belasan tahun lagi. Tak payah pakai solekan apa pun dah nampak cun melecun!

Mulanya seorang hamba Allah sahaja yang kongsi gambar remaja Neelofa, tapi bila dah mula tular, semakin ramai pula yang tumpang sekaki dan muat naik lagi banyak gambar Neelofa semasa zaman persekolahannya.

Bukan itu sahaja, malahan terdapat beberapa netizen yang mendedahkan kisah usahawan wanita itu semasa dia di sekolah dahulu. Ceritanya kecantikan Neelofa ini tersebar luas ke seluruh sekolah sejak hari pendaftaran lagi. Sampaikan semua senior cari gadis ini sebab nak tengok wajahnya face-to-face.

zaman sekolah neelofa

Memang tak terkejutlah melihat kecantikan Neelofa sekarang ini sebabnya genetik dia memang ‘solid’ sejak daripada dulu lagi! Tambahan pula, sekarang wanita itu turut mengenakan solekan, lagi bertambah menawan!

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...