Pempengaruh media sosial yang cantik, pandai berfesyen dan berbelanja mewah sudah tentu akan selalu mencuri perhatian ramai warganet.
Seperti pempengaruh dari Kelantan ini yang mendapat perhatian baru-baru ini selepas dia berkongsi jumlah perbelanjaannya ketika membeli pakaiannya.
Menerusi TikTok, Eynanan atau Suhaina Adnan berkongsi pakej penghantaran yang diterima berisi jubah atau baya yang dibelinya.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah resit perbelanjaan pakaian dibelinya yang tertera jumlah harga sebanyak RM41, 775 untuk 125 helai abaya.
POV: Menggunakan duit suami untuk beli abaya seratus helai lagi.
@eynanan Spending my husbands money because I can💅🏻💳 #nawraabaya #girlythings ♬ Tamally Maak Original Mix – تملى معاك Original Mix – Aziza Qobilova
Rata-rata netizen yang menonton video berkenaan terkesima apabila mendapat tahun jumlah yang sanggup dibelanjakan Eynanan untuk membeli pakaian.
Tidak lupa juga yang menganggap wanita itu bertuah kerana dikurniakan rezeki mempunyai wang ringgit sebanyak itu untuk dibelanjakan.
Difahamkan, pempengaruh yang turut terkenal dengan konten bersama adik beradiknya itu kini tidak menetap di Malaysia dan mengikuti suami yang bertugas di luar negara.