Netizen Terkejut Lihat Penampilan Terbaru Zizan Nin, Ramai Dah Hampir Tak Kenal – “Iras Jaafar On”

Hiburan

Netizen Terkejut Lihat Penampilan Terbaru Zizan Nin, Ramai Dah Hampir Tak Kenal – “Iras Jaafar On”

Nama pelakon veteran Zizan Nin kembali menjadi bualan selepas kemunculannya dalam sebuah audio siar yang tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, apabila ramai netizen mengakui hampir tidak mengenali sosok tubuh aktor berkenaan.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan oleh akaun @kena.kupas, pelakon berusia 53 tahun itu berkongsi pengalaman menerima tawaran iklan pertamanya selepas melalui tempoh pengangguran yang agak lama.

Advertisement

Dalam audio siar tersebut, Zizan turut menceritakan perjalanan awal penglibatannya dalam industri hiburan sehingga berjaya mengembangkan kerjaya sebagai pengarah dan penerbit, selain mengendalikan produksi sendiri.

Bagaimanapun, perhatian netizen lebih tertumpu kepada perubahan penampilan pelakon drama Rafflesia itu yang dilihat jauh berbeza berbanding zaman kegemilangannya dahulu.

Rata-rata warganet meluahkan rasa terkejut apabila melihat imej terbaharu Zizan, malah ada yang mengakui hanya dapat mengenalinya melalui suara.

Terdahulu, Zizan pernah menegaskan bahawa penampilan botak atau pemakaian rambut palsu adalah pilihan peribadinya dan tidak berkait dengan sebarang masalah kesihatan, seperti dilaporkan sebelum ini.

Beliau juga menekankan bahawa dirinya masih mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam dan menjaga pemakanan bagi mengekalkan tahap kesihatan walaupun usia semakin meningkat.

Perubahan imej tersebut sekali gus mencetuskan perbincangan netizen yang rata-ratanya menerima hakikat bahawa faktor usia dan pilihan peribadi turut mempengaruhi penampilan seseorang, khususnya figura yang sudah lama berkecimpung dalam industri hiburan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nadia brian
2026-01-07 10:56:10

Nadia Brian Nafi Bercinta Dengan Nedim Kerana Harta - "Saya Bukan Jenis Bermewah-Mewah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...