Netizen Terkejut Duit “Lesap” Dari Akaun CIMB, Persoal Keselamatan Akaun Mereka

Trending

Netizen Terkejut Duit “Lesap” Dari Akaun CIMB, Persoal Keselamatan Akaun Mereka

Kecoh di media sosial apabila rata-rata netizen terkejut wang simpanan mereka “lesap” daripada akaun CIMB Bank Berhad. Menurut mereka, terdapat beberapa transaksi yang tidak diketahui berlaku di dalam akaun sejak beberapa hari lalu.

Tambah mencurigakan, tiada sebarang maklumat lain disertakan untuk pengeluaran wang berkenaan melainkan catatan ‘direct debit’.

Advertisement

duit hilang cimb duit hilang cimb duit hilang cimb

Tentunya ia menjadi tanda tanya ramai, duit yang disangkakan selamat di dalam bank tetapi tiba-tiba hilang. Jumlah kerugian bukan sikit, melibatkan ratusan ringgit.

Pengguna juga merasa berang apabila mereka gagal menghubungi pusat panggilan CIMB bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

duit hilang cimb duit hilang cimb

Malah, ada yang mendakwa mungkin wang mereka telah “dicuri” individu tidak bertanggungjawab. Kejadian duit yang tiba-tiba sahaja hilang ini telah mencetuskan kegusaran dan kerisauan kepada semua pemilik akaun bank terbabit.

Jika anda menghadapi masalah yang sama, boleh cuba menghubungi pusat panggilan mereka di 03-62047788 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...