Video dikongsikan seorang lelaki baru-baru ini telah mencuit hati ramai selepas dia yang bekerja sebagai penghantar makanan terpaksa menggunakan lif bersama-sama seekor anjing.
Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan yang dilihat memakai helmet berwarna kuning dan berada di dalam lif bersama dengan seekor anjing berwarwa hitam di sebuah kediaman jenis high rise.
Kejadian itu berlaku ketika dia mahu menghantar makanan di rumah pelanggannya dan ketika lif terbuka, anjing berkenaan yang berada di situ terus meluru masuk.
Tiada pilihan lain, dia juga terpaksa masuk dan sempat merakamkan video sambil berseloroh bertanya pada anjing itu,
Kau tingkat berapa? Aku nak pergi tingkat 14.
Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila anjing itu tiba-tiba bangun dan menghampirinya membuatkan lelaki tersebut panik dan menyebut ‘Ya Allah’.
Difahamkan, anjing itu merupakan haiwan peliharaan penduduk setempat dan sudah biasa meenggunakan lif bersama penghuni lain di situ.