Netizen Terhibur Tengok Budak Darjah 4 Sekolahkan Pemimpin Politik Negara

Trending

Netizen Terhibur Tengok Budak Darjah 4 Sekolahkan Pemimpin Politik Negara

Tular di media sosial apabila seorang pelajar darjah 4 yang dikenali sebagai Adam tampil memberi respon berkenaan dunia politik di Malaysia selepas disoalnya oleh datuknya.

Advertisement

Video itu dirakam oleh pemilik Twitter AtiFaiza yang menyaksikan ayahnya sedang mengajukan soalan kepada cucunya berkenaan wabak pandemik COVID-19 dan politik negara.

https://twitter.com/atifaiza/status/1323840424356712449?s=21

“Orang politik ni dah tua, lebih baik bertaubat jelah, duit banyak, takyahlah pimpin negara pergilah Umrah ke Haji ke. Bagilah generasi muda pulak yang pimpin. Kadang-kadang dah dua tiga kali dah ni jadi Perdana Menteri. Insaflah,”

Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan jawapan padu Adam yang nampak biasa namun menusuk kalbu. Malah mereka juga khabarnya bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan kanak-kanak tersebut.

Untuk rekod, sehingga kini, entri berkenaan telah meraih lebih 5,200 tanda suka daripada warganet.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...