Netizen Terhibur Selepas Dengar Cara Lelaki Ini Sebut Nama Hantu Melayu

Trending

Netizen Terhibur Selepas Dengar Cara Lelaki Ini Sebut Nama Hantu Melayu

Setiap individu mesti mempunyai rasa ingin tahu terhadap sesuatu perkara lagi-lagi tentang sesuatu yang memang tidak diketahuinya.

Hal ini berlaku terhadap seorang lelaki ‘mat saleh’ daripada Tiktok yang cuba untuk mengetahui  jenis-jenis hantu di Malaysia. Bukan itu sahaja, usahanya untuk menyebut setiap nama hantu itu menjadi tumpuan netizen daripada Malaysia yang terhibur selepas mendengar lelaki ini menyebut nama-nama hantu tersebut.

Advertisement

Lelaki ini menghasilkan dua video yang menunjukkan cara dia sebut nama-nama hantu Melayu. Namun, yang menjadi lebih tumpuan dalam kalangan netizen ialah videonya yang kedua menyebut nama hantu seperti pontianak, pocong, toyol, hantu galah dan hantu air.

Pontianak jadi pon-tie-ye-neck dan pocong jadi po-kong. Video yang mendapat lebih 300 ribu tontonan di akaun miliknya itu membuat netizen terhibur apabila mendengar mat saleh ini menyebut satu persatu nama-nama hantu Melayu tersebut.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...