Netizen Terhibur Membaca Perkongsian Lee Chong Wei Membeli Barang Dapur Untuk Persediaan Perintah Kawalan Pergerakan

COVID-19

Netizen Terhibur Membaca Perkongsian Lee Chong Wei Membeli Barang Dapur Untuk Persediaan Perintah Kawalan Pergerakan

Sebelum pengumuman rasmi dibuat berkenaan arahan untuk kuarantin di rumah dalam tempoh yang tertentu, orang ramai sudah mulai membuat pembelian panik. Tidak terlepas juga bagi Datuk Lee Chong Wei dan keluarga untuk membeli stok barangan makanan dan keperluan yang secukupnya untuk tempoh 2 minggu akan datang.

Walau bagaimanapun, perkongsian yang dibuat di laman Instagram beliau telah menerima reaksi lucu dan mencuit hati. Anda mungkin tidak menyangka Lee Chong Wei sebenarnya mampu memerli orang ramai di luar sana untuk tidak mementingkan diri ketika membeli barang.

Advertisement

Pengalaman membeli barang dapur oleh Lee Chong Wei sepatutnya dijadikan contoh kerana beliau hanya membeli barang yang perlu sahaja tanpa perlu membazir. Apa yang memeranjatkan beliau apabila tiba di pasar raya tersebut ialah keadaan orang ramai yang berpusu-pusu dan kelam kabut untuk membeli semua keperluan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan secara rasmi.

“Ramainyer mak cik-mak cik, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan”

beratur

Lee Chong Wei menulis perkongsian tersebut yang menggambarkan bahawa kesemua pengunjung pasar raya berebut untuk memenuhi troli masing-masing sehingga dirasakan boleh melawan pelumba 100 meter kebangsaan kita.

Ketika mengumpul barang keperluan mengikut senarai yang sudah disediakan oleh isterinya, beliau tidak sempat untuk mengambil tisu tandas kerana telah kehabisan. Dan lebih memeranjatkan di hadapannya terdapat seorang lelaki yang membeli 10 beg tisu tandas. Ternganga beliau dibuatnya.

“Ternganga I tengok mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah”

Ayat ini yang menjadi tular di setiap media sosial kerana Lee Chong Wei dengan secara terang-terangan memberikan kata yang pedas untuk individu yang seperti lelaki tersebut. Namun, masih ada insan yang bertimbang rasa untuk memberikan satu beg tisu tandas kepadanya setelah melihat beliau melilau mencari stok tisu tandas di pasar raya tersebut.

Tujuan sebenar beliau membuat perkongsian tersebut bukan semata-mata untuk menceritakan pengalamannya tetapi untuk menghentikan kegusaran yang melanda rakyat Malaysia dengan keadaan semasa yang dihadapi.

Beliau juga menyatakan penghargaan terima kasih kepada petugas yang berada di barisan hadapan kerana terus gigih memberikan khidmat menangani wabak Covid-19 sehingga hari ini.

Kata-kata semangat daripada beliau sedikit sebanyak membantu meredakan perasaan panik yang dihadapi oleh kebanyakkan orang di luar sana. Meskipun negara kita sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dan jangan menyebarkan berita yang tidak benar untuk memburukkan lagi keadaan.

“Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat”

 

View this post on Instagram

 

Dua hari lepas, ada khabar angin restriction order berkenaan coronavirus ni. So Mew Choo pon suruh pergi beli ape yg patut untuk 2 minggu ni. Wife add maths lagi terrer, so ikot shopping list wife. Family 4 orang, ayam 5 ekor, beras 1 bag, sayur 2 minggu, Maggie 2 pack, telor 2 dozen, buah, toilet paper 1 bag. Tapi time I sampai supermarket, aduhai! Ramainyer auntie2 makcik2, macam lumba marathon trolly! Kalah Khairul Jantan! Nasib baik sempat lagi kumpul shopping list wife. Tapi toilet paper I terlambat. Ternganga I tgk mamat depan I tapao 10 bag tisu jamban! Banyaknyer jubur kat rumah. (Toilet papers are important during previous pandemic period due to unclean water and psychological effect) Datang suatu suara menyeru dari belakang, ”Lee, nah amik bag ni. I terambik 2. Tadi tgk sumer rebut tapao wa pon terikot amik extra, ntah kenape, bukan I pakai untuk basuh pon!“ Dia Nazir, sahabat yang tinggal berhampiran. Kita tergelak and catch up sket. Selepas tu, makin ramai gangster trolly serbu, I pon terus cabut, sebab I tau virus ni merebak mudah. Kawan sekalian, saya berharap agar jangan cemas menghadapi krisis ini. Simpanlah makanan tapi berpatutanlah bilangannya. Dan I minta tolong semua duduk di rumah jgn keluar sementara ni. Jangan balik kampong macam cuti raya. Ko mungkin ok, tapi yg mati nnt orang tersayang. Percayalah, mimpi ngeri ini akan berakhir. Jangan panic. Kita warga Malaysia tak kira bangsa dan agama berganding bahu, bertolak ansur, tolong menolong, hari itu akan sampai dengan lebih cepat. Kepada frontliners, para doctor, missi, kakitangan hospital dan juga cashier pasaraya yang terus berkhidmat dalam masa ini. Terimalah tunduk kehormatan dari saya! Cara paling baik kita membalas budi dan bersumbang, is to #STAYHOME #JUSTSTAYATHOME #STAYHOMESAFELIFES #WEAREMALAYSIAN #MALAYSIABOLEH

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...