Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi berkuatkuasa sehingga 9 Jun ini. Namun, ianya tidak menghalang rakyat Malaysia daripada mengunjungi tempat awam asalkan mengikuti peraturan yang ditetapkan.
Aksi seorang lelaki yang cuba mengambil gambar bersama motorsikalnya ini menghiburkan netizen baru-baru ini. Di dalam video yang dikongsikan di Twitter itu, lelaki tersebut dilihat berdiri di hadapan motorsikalnya sambil bersiap sedia mahu mengambil gambar.
Tetapi tanpa disedari, aksinya itu sedang dilihat oleh pihak polis yang sedang membuat rondaan.
Member nak photoshoot, sekali kene tegur, seram siot ????? pic.twitter.com/BjaDQPaLxB
— ???-??? ?????? (@azwnznl94) May 30, 2020
Lelaki tersebut yang sedang bersedia memasang ‘kasut berlampunya’ itu ditegur pihak berkuasa sebelum sempat dia merakamkan gambar. Di dalam kejadian itu, pihak polis yang melakukan rondaan dengan kereta menggunakan pembesar suara untuk menegur lelaki tersebut dari dalam kereta.
“Encik lepas ambil gambar beredar okay. Jangan berkumpul dekat sini. Saya bagi dua minit saja.”
Namun, apa yang menghiburkan adalah reaksi lelaki ini yang jelas terkejut dengan teguran itu. Tetapi sikap pihak berkuasa yang masih memberikannya masa untuk bergambar juga diberikan pujian oleh orang ramai.
auto “ampun polis”
— D é e n (@fxkhrudeen) May 31, 2020
I think malaysia police is the best police ever.
— Farhan.Gomez (@farhanMuhdAiman) May 31, 2020
HAHAHAHAHAHAHA bagus polis tu memahami
— ???????? (@zirxnr) May 30, 2020
Kesudahannya, lelaki tersebut hanya mengambil gambar di hadapan rumahnya saja selepas itu.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.