Netizen Terhibur Lihat Foto Abang ‘Rider’ Bawa Kucing Semasa Buat Penghantaran

Trending

Netizen Terhibur Lihat Foto Abang ‘Rider’ Bawa Kucing Semasa Buat Penghantaran

Pernah tak anda berhadapan dengan situasi yang lucu semasa mengambil makanan daripada ‘rider’? Kita semua mesti pernah lalui bermacam-macam pengalaman dengan penghantar makanan kan lagi-lagi sekarang ini apabila khidmat mereka yang semakin penting sejak PKP ini.

Pengguna Twitter ini baru-baru ini berkongsikan gambar comel menunjukkan penghantar makanan yang membawa kucingnya sekali di atas motor. Yang penting, kucing tersebut lengkap diletakkan di dalam sangkar ketika tuannya sedang bekerja.

Advertisement

“Tanya abang grab ni tadi kenapa bawak kucing. Dia jawab, saja bawak jalan jalan.”

Bukan hanya seekor tetapi dua ekor kucing yang dibawa abang ‘rider’ ini duduk dengan tenang di dalam sangkar yang terikat kemas pada motor. Perkongsian gambar ini telah mendapat lebih 35,000 likes di Twitter tidak sampai 24 jam dikongsikan.

Salah seorang rakan kepada ‘rider’ tersebut memberitahu kawannya itu sememangnya tidak suka meninggalkan kucingnya sendirian di rumah. Alasannya kerana tidak mahu kucingnya berasa sunyi. Memandangkan tuannya kerap menghantar pesanan buat masa ini.

Reaksi netizen



Kisah mengenai penghantar makanan kini semakin kerap dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini. Sebelum ini juga seorang penghantar makanan mencuri tumpuan apabila memilih untuk menjadi ‘rider’ akibat keadaan ekonomi yang terkesan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Pernah Memiliki Gaji Tinggi Enam Angka, Lelaki Ini Menjadi ‘Rider’ Untuk Meneruskan Hidup

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...