Netizen Terhibur Dakwaan Limau Purut Dicucuk Cengkih Untuk Elak Virus Covid-19

Trending

Netizen Terhibur Dakwaan Limau Purut Dicucuk Cengkih Untuk Elak Virus Covid-19

Bermacam-macam cara dan usaha yang dilakukan oleh segelintir individu bagi mengelak daripada dijangkiti virus Covid-19. Ada juga yang mendakwa dengan menggunakan beberapa kaedah lain seperti cengkih boleh mencegah diri daripada dijangkiti virus ini.

3 years ago

Dakwa Air Rebusan Cengkih Boleh Rawat Covid-19, Doktor Ini Beri Penjelasan..

Advertisement

Di Twitter, tular beberapa buah gambar yang dimuat naik oleh @IzzRaifHarz menunjukkan sebiji limau purut yang dicucuk dengan bunga cengkih.

Gambar tersebut dipercayai kiriman daripada perbualan Whatsapp bersama mak saudaranya yang mendakwa limau purut bersama cengkih itu dihidu sebagai ubat sementara untuk mencegah Covid-19.

Sumber : Twitter

“Limau purut dicucuk cengkih. Buat sedut2 sebagai ubat sementara cegah covid19 merebak” 

Sumber : Twitter

Hakikatnya, difahamkan kaedah seperti ini merupakan salah satu cara untuk menghalau lalat atau nyamuk kerana aroma wangi daripada limau dan cengkih tersebut. Memetik laporan Sinar Harian, terdapat beberapa cara semula jadi untuk menghalau lalat dan salah satunya ialah dengan menggunakan limau purut dan cengkih.

Pun begitu, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen kerana bentuk fizikal limau dan cengkih itu katanya seakan koronavirus.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...