Bermacam-macam cara dan usaha yang dilakukan oleh segelintir individu bagi mengelak daripada dijangkiti virus Covid-19. Ada juga yang mendakwa dengan menggunakan beberapa kaedah lain seperti cengkih boleh mencegah diri daripada dijangkiti virus ini.
Di Twitter, tular beberapa buah gambar yang dimuat naik oleh @IzzRaifHarz menunjukkan sebiji limau purut yang dicucuk dengan bunga cengkih.
Gambar tersebut dipercayai kiriman daripada perbualan Whatsapp bersama mak saudaranya yang mendakwa limau purut bersama cengkih itu dihidu sebagai ubat sementara untuk mencegah Covid-19.
“Limau purut dicucuk cengkih. Buat sedut2 sebagai ubat sementara cegah covid19 merebak”
Hakikatnya, difahamkan kaedah seperti ini merupakan salah satu cara untuk menghalau lalat atau nyamuk kerana aroma wangi daripada limau dan cengkih tersebut. Memetik laporan Sinar Harian, terdapat beberapa cara semula jadi untuk menghalau lalat dan salah satunya ialah dengan menggunakan limau purut dan cengkih.
Pun begitu, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen kerana bentuk fizikal limau dan cengkih itu katanya seakan koronavirus.