Netizen Terhibur Apple AirPods Pro Yang Baru Dilancarkan Menjadi Bahan Meme

Teknologi

Netizen Terhibur Apple AirPods Pro Yang Baru Dilancarkan Menjadi Bahan Meme

Produk keluaran Apple memang seringkali dijadikan bahan meme untuk pengguna media sosial. Setiap kali ada keluaran produk terbaru, pasti ada sahaja yang cukup kreatif untuk hasilkan meme.

Apple Mac Pro yang dilancarkan beberapa bulan lalu antara produk terkini yang menjadi bahan meme di media sosial. Semua ini gara-gara Mac Pro yang berharga $4999 dijual berasingan dengan Monitor Stand berharga $999.

Advertisement

apple mac pro
apple mac pro
Nampaknya, Apple AirPods Pro yang baru dilancarkan ini juga mengalami nasib yang sama dengan produk Apple yang lain. Produk kali ini menawarkan fungsi noise cancelling yang membuatkan bunyi luar tidak dapat didengari oleh pengguna.

Apa yang menarik perhatian, sudah tentu reka bentuknya yang mengingatkan orang ramai kepada beberapa produk dan karakter. Kalau lihatkan pada meme ini, memang ada yang mirip seperti yang dikatakan.




Apple AirPods Pro sudah mula ditawarkan di serata dunia. Untuk pasaran Malaysia, model ini bakal ditawarkan pada harga RM1,099.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...